IBU mentua pelakon dan model Zahnita turut meluahkan rasa kecewa terhadap menantunya itu kerana tergamak bersangka buruk tentang dirinya. Menurut Norazlina Abdullah, 71, dia sangat sayang akan menantunya itu sehingga sanggup berkongsi resipi pai yang kini menjadi produk jualan Zahnita. "Katanya dia ada hubungi saya untuk mohon maaf, tetapi saya mahu jelaskan tiada sebarang perbualan berlaku. "Saya pelik kenapa dia perlu bercakap buruk tentang saya? Saya yang berkongsi resipi shepherd pie kepada dia. Dia mulakan perniagaan dengan resipi saya. Azlina (kiri) bersama anak dan cucunya. "Saya tiada sebarang masalah dengan Zahnita. Jika saya tidak suka (kepadanya) kenapa saya sanggup kongsi resipi?" katanya kepada pemberita. Azlina berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media yang diadakan oleh suami Zahnita iaitu Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor di kediamannya di Kuantan, Pahang pada Selasa. Zahnita sebelum ini mendakwa menerima respons kurang baik ketika dia menghubungi ibu mentuanya berhubung isu dihadapi bersama Abdul Zackery. Tambahnya banyak pendedahan yang dibuat oleh pelakon itu berhubung pergolakan rumah tangganya adalah tidak benar. ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zahnita Wilson buat pengakuan mengejutkan, 20 tahun tahan sabar jadi mangsa isteri... “Dia cuba untuk 'Muay Thaikan' saya!” ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita dakwa jadi mangsa keganasan rumah tangga, mata lebam dipukul "Saya tidak mahu bercakap banyak kerana kes mereka masih berjalan di mahkamah," jelasnya. Dalam masa sama wanita ini juga memberitahu dia menjadi saksi bagaimana kemelut rumah tangga Zahnita bersama Abdul Zackery memberi kesan kepada empat cucunya. "Dia sepatunya fikirkan tentang anak-anak. Jangan libatkan mereka dalam hal ini. Anak-anak jadi tersepit kerana masalah mereka suami isteri. "Sedih dengan apa yang berlaku sekarang ini. Saya tinggal bersama anak saya dan melihat apa yang dia lalui," ujarnya. Zahnita sebelum ini dakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Pada 2 Disember tahun lalu, Zahnita berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Dia kemudian bertindak pindah ke rumah lain dan turut memfailkan cerai terhadap Zackery pada 3 Disember 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang. Untuk rekod Zahnita mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8, dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!