suria

[V] Razman Razmi kena serang pemuda dianggap adik... Hutang RM20 ribu jadi punca tapi dah bayar sedikit demi sedikit

PASANGAN pereka fesyen Razman Razmi tidak menolak masalah hutang menjadi punca mereka diserang secara tiba-tiba oleh seorang jurugambar dalam sebuah acara yang berlangsung di Petaling Jaya pada malam Rabu.

Razman, 53, ketika dihubungi memberitahu dia cukup mengenali jurugambar lelaki itu dan mengakui ada berhutang sejumlah RM20,000 berkaitan penjualan kereta yang dilakukan sekitar tahun 2019.

"Dia ada membeli kereta milik Razmi dan kemudian hanya menggunakanya dalam tempoh seminggu lebih sahaja. Katanya kereta itu rosak dan dia tinggalkan di tepi jalan. Dia minta kembali jumlah RM20,000 dari pembelian kereta itu.

razman 2

Kejadian selepas Razman dan Razmi diserang.

"Benar jumlah tersebut masih belum kami selesaikan. Anggaran sehingga kini kami telah membayar dia dengan jumlah RM6,000.

"Tetapi kami tidak pernah lari. Dia boleh sahaja cari kami dan minta duit. Malah sebelum ini jika dia minta kami akan bayar sedikit demi sedikit. Kami juga berikan wang apabila dia mengadu tentang masalah kewangan," katanya kepada mStar.

Susulan kejadian serangan itu Razman dan Razmi mengalami kecederaan luka di bahagian pipi akibat dipukul dengan lensa kamera milik lelaki berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan bengkak sampai kena tahan CCU, pereka fesyen Razman rupanya ada masalah lemah jantung

ARTIKEL BERKAITAN: Suruh buat baju... Akhirnya tak nak pakai! ‘No more’ Amelina!

Mereka berdua kemudian tampil membuat laporan Balai Polis Mutiara Damansara dan jurugambar berkenaan telahpun ditahan pihak berkuasa.

Tambah Razman dia menyerahkan sepenuhnya kes berkenaan untuk siasatan dan tindakan lanjut terhadap lelaki yang sudah dikenali sejak tahun 2017 itu.

"Kami sudah lama kenal dia dan banyak beri peluang untuk dia bekerjasama dengan ramai selebriti. Dia seorang yang baik dan tak pernah tinggal solat.

Kami anggap dia seperti seorang adik. Kami bimbang kes ini akan beri kesan kepada perniagaannya

RAZMAN

PEREKA FESYEN

"Saya pun tidak tahu kenapa dia boleh menyerang sebegitu. Memang rasa terkejut ketika kejadian dan saya tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.

"Sekarang ini saya serahkan semuanya kepada pihak polis. Kami akan teruskan dengan laporan yang telah dibuat. Kejadian itu saya anggap sebagai satu aniaya kerana dia sasarkan ke bahagian muka yang menyebabkan kesan jangka panjang," jelasnya.

razman 3

Razman Razmi serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan kes.

Biarpun begitu dia tetap berasa kasihan terhadap pemuda berkenaan yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri dan bimbang kes ini akan menjejaskan reputasi dalam kerjayanya.

"Apa pun masalah dia boleh hubungi kami berdua. Kali terakhir berjumpa pada Disember lalu dalam sebuah acara. Kami tak pernah block dia.

"Kami anggap dia seperti seorang adik. Kami bimbang kes ini akan beri kesan kepada perniagaannya," jelasnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

Siasatan dibuat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan suspek direman selama dua hari bermula Khamis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain