PELAWAK Along Cham melakukan sujud syukur ketika berada di kandang tertuduh selepas satu kes dadah melibatkan dirinya dikasifikasi sebagai dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sepang, Ahmad Fuad Othman selepas membenarkan permohonan daripada pihak pendakwaan.
Ia susulan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya memaklumkan laporan kimia berkaitan kes tersebut sudah diterima.
Along dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM5,000.
Pertuduhan berkenaan diklasifikasi sebagai DNAA selepas laporan kimia menunjukkan berat ganja yang dirampas daripada Along tidak melebihi 50 gram.
Justeru, mengikut pertuduhan baharu, Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, didakwa memiliki dadah jenis ganja anggaran berat 49.61 gram di kediamannya di Cyberjaya, Selangor pada 14 Disember 2024.
Dia dituduh mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39(a)(1) akta sama.
Dalam pada itu, bagi satu lagi pertuduhan pelawak itu didakwa memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan disyaki jenis tetra hydrocannibol (THC) dan akan dibicarakan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Along Cham mengaku tak bersalah miliki ganja, tidak dibenarkan ikat jamin
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri janji tak tinggalkan Along Cham walau sesaat, minta suami terus bertahan
Jika disabitkan bersalah Along boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda tidak melebihi RM5,000, dan pengawasan serta-merta untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun.
Bagaimanapun Along mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu yang dibaca di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Dia kemudian dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.
Sebutan kes dan laporan kimia bagi kes berkenaan akan disebut pada 7 April depan.
Along (tiga dari kiri) bersama wakil peguam.
Untuk rekod, pada 14 Disember tahun lalu, Along ditahan bersama dua paket disyaki dadah jenis ganja di rumahnya, Cyberjaya, Selangor.
Serbuan yang dilakukan sekitar pukul 3.10 petang itu mendapati hasil ujian saringan air kencing pelawak berkenaan positif dadah.
Sementara itu, Along juga mempunyai satu lagi pertuduhan di Mahkamah Majistret iaitu didakwa miliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 2.07 gram, di lokasi, masa dan tarikh sama.
Dia dituduh mengikut Seksyen 6 ADB 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!