PELAKON dan pelawak Along Cham tampil mengulas dakwaan isterinya iaitu Afreena Suhaimi mengalami keguguran baru-baru ini.
Menurut Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, dia mengetahui tentang kehamilan itu semasa minggu ketiga berada di dalam Penjara Sungai Buloh.
Manakala berita keguguran itu pula baru diketahui sebaik sahaja dia diikat jamin pada Isnin.
Along terima khabar sedih dan gembira dari isteri di penjara.
"Saya dapat tahu pun perkara itu (isteri hamil) ketika berada dalam (penjara). Dia beritahu saya, tapi benda ini (soal kandungan) saya serahkan kepada Allah.
"Saya cakap (doa) dengan Allah, kalau kandungan itu milik saya, Engkau kekalkan. Namun, jika sebaliknya Engkau keluarkan.
"Tapi, apabila dia (Afreena) kata dah keguguran, saya pun tidak tahu. Tanya Allah. Cuma, dia memang ada beritahu saya (berkenaan hamil)," katanya kepada Mstar.
ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz turut jadi mangsa! Isteri Along Cham buat drama sedih minta sumbangan rupanya seleweng dana RM100,000
ARTIKEL BERKAITAN: Along Cham dah tak boleh selamatkan rumah tangga, isteri menipu langgar 3 perjanjian
Along memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Putrajaya pada Selasa.
Terdahulu, Along memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap Afreena.
Along hadir ditemani ibu, Siti Habsah Kadir, 64, dan anak lelakinya, Ahmad Daniel Muhammad Nizamudin, 14.
Untuk rekod, Along bertemu jodoh kali kedua dengan Afreena pada 4 April 2024 selepas sembilan tahun hidup menduda apabila bercerai dengan bekas isteri pertamanya, Zila Saeron pada September 2016.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube