DESAS-DESUS mendakwa Along Cham bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai taklik terhadap isterinya iaitu Afreena Suhaimi terjawab apabila pelawak itu muncul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya, pada Selasa.
Along atau Muhammad Nazimudin Ahmad, 42, dilihat tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 11.45 pagi ditemani oleh ibu dan anaknya.
Along bagaimanapun ketika ditemui media enggan mengulas lanjut tujuannya ke mahkamah itu dan hanya meminta supaya urusan berkenaan dipermudahkan.
Along Cham tenang berdepan dengan rakan media.
"Itu yang penting (doa dipermudahkan). Minta ruang untuk saya jumpa pihak sepatutnya untuk selesaikan urusan terlebih dahulu.
"Hari ini saya datang dengan syurga (ibu) saya,” katanya kepada mStar.
Pada pagi Selasa, timbul khabar angin mengatakan Along bakal menfailkan lafaz cerai taklik terhadap isterinya iaitu Afreena Suhaimi.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Isteri Along Cham tiada masalah dengan ibu mentua, jawab dakwaan alami keguguran
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Along Cham sujud syukur satu kes dadah DNAA, mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan baharu... Bebas selepas dibenar ikat jamin
Untuk info, Along mendirikan rumah tangga bersama Afreena pada 4 April tahun lalu selepas sembilan tahun menduda.
Pada Isnin, Mahkamah Sesyen, Sepang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Along Cham daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah disyaki kanabis.
Along bagaimanapun masih berdepan dua pertuduhan lain melibatkan pemilikan dan penggunaan dadah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!