DILIHAT tidak bertegur sapa semasa bertemu di perkarangan mahkamah, isteri kepada pelawak Along Cham iaitu Afreena Suhaimi menyangkal dakwaan mempunyai konflik dengan ibu mentuanya itu.
Kata Afreena, situasi itu mungkin terjadi disebabkan masing-masing berasa tertekan menunggu keputusan kes dadah melibatkan Along.
“Saya tiada komen, tapi saya rasa semua orang sedang tertekan menunggu keputusan untuk Along.
Afreena belum sedia ulas dakwaan alami keguguran.
“Kalau saya sendiri pun ada perasaan campur aduk, ibu dan adik-beradik lain turut merasakan perkara sama.
“Tapi semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja,” katanya kepada mStar.
Afreena berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai prosiding kes dadah Along di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor pada Isnin.
Dalam pada itu, Afreena juga enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan dirinya mengalami keguguran, baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Along Cham sujud syukur satu kes dadah DNAA, mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan baharu... Bebas selepas dibenar ikat jamin
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Along Cham mengaku tak bersalah miliki ganja, tidak dibenarkan ikat jamin
Kata Afreena, perkara itu sangat peribadi untuk diceritakan dan akan berkongsi perkara itu apabila sudah tiba waktu sesuai.
“Saya ingin menyimpan dahulu komen saya, saya tak rasa saya patut kongsi perkara itu.
“Saya minta maaf ia agak peribadi, cuma yang tahu sahaja yang tahu adakah saya mengandung atau tidak,” jelasnya.
Selain itu, Afreena berkata sejak enam minggu lalu dia mengalami masa-masa sukar sehingga membuatkan dirinya berdepan depresi.
Saya minta maaf ia agak peribadi, cuma yang tahu sahaja yang tahu adakah saya mengandung atau tidak.
AFREENA SUHAIMI
ISTERI ALONG CHAM
Namun sokongan rakan-rakan sekeliling yang positif, sedikit sebanyak menguatkan dirinya untuk terus kuat berdepan ujian itu.
“Apa yang saya alami sejak enam minggu lalu bukan perkara mudah, ia sangat sukar dan hampir setiap malam saya menangis.
“Saya rasa depresi tapi mujur ada rakan-rakan sekeliling yang berikan kata-kata semangat,” ujarnya.
Afreena bersyukur Along sudah dibebaskan.
Pada pagi Isnin, satu daripada dua kes dadah Along diklasifikasi sebagai dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).
Bagaimanapun kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Majistret dan Along mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan baharu iaitu dia didakwa miliki ganja serta memasukkan dadah berbahaya disyaki jenis tetra hydrocannibol (THC) ke dalam badan.
Dua kes berkenaan disambung pada 7 April depan bagi serahan dokumen dan laporan kimia.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!