suria

Tarian MV ‘Kelepok Raya’ tidak sopan, Aliff Syukri diperintah bela diri

Aliff diperintah untuk bela diri kes muat naik muzik video kurang sopan.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman diperintah untuk membela diri atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang dengan niat menyakiti hati orang lain, tiga tahun lalu.

Hakim Ahmad Fuad Othman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor pada pagi Jumaat. 

Melalui penghakiman, Ahmad Fuad berkata video Aliff itu dilihat tidak sopan dan dimuat naik ketika bulan Ramadan yang sepatutnya dihormati.

Aliff diminta untuk bela diri.

"Makan di khalayak ramai di bulan puasa juga tidak sopan, apatah lagi memuat naik hantaran video di bulan puasa dengan menari liuk lentuk dan berpakaian wanita, ia tetap tidak sopan," katanya.

Dengan keputusan tersebut, Aliff, 38, perlu bersedia untuk membela diri pada tarikh sebutan kes yang ditetapkan pada 19 Mei depan.

Sepanjang prosiding itu, Aliff diwakili peguambela, Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Mohd. Radzlan Jalaludin.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun tanggung malu, nama Aliff Syukri kembali bersih... Anggap 2 rakan kongsi ‘duri dalam daging’

ARTIKEL BERKAITAN: Ada bukti rakaman perbualan, Aliff Syukri tak ‘goyang’ saman fitnah RM70 juta bekas menteri

Manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Faten Hadni Khairuddin.

Pada 13 Oktober 2022, Aliff mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang melalui akaun Instagram miliknya dengan niat menyakiti hati orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 13, 15, 17 dan 21 April tahun sama dan dilihat di pejabat SKMM, Cyberjaya, pada 24 April 2022.

Video klip raya Aliff sebelum ini didakwa tidak sopan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama.

Ia membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Sebelum ini, klip video muzik lagu raya nyanyian Aliff Syukri berdurasi lima minit 23 saat itu dianggap keterlaluan kerana memaparkan penari lelaki lembut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain