ENGGAN berdiam diri, suami kepada Zehra Zambri tampil membalas kenyataan penyanyi berkenaan kononnya mereka sudah bersetuju bercerai secara ‘fast track’.
Menurut Iqwan atau Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, dia tidak pernah bersetuju dengan cara itu sebaliknya menawarkan khuluk atau tebus talak sebagai jalan penyelesaian.
"Saya tak setuju ‘fast track’ (bercerai) dan cuba failkan nusyuz. Atas nasihat peguam, saya ketepikan nusyuz dan tawarkan khuluk (tebus talak) tersebut, bagaimanapun ditolak.
Iqwan sudah bersedia dengan segala keputusan.
"Peguam Zehra sudah pun memfailkan permohonan cerai di bawah Seksyen 47 dan saya sudah terima saman untuk hadir ke sesi sebutan yang akan dibuat selepas Aidilfitri," katanya.
Iqwan berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya.
Kata Iqwan, dia sudah bersedia dengan perpisahan yang akan berlaku bersama Zehra namun lebih selesa menyerahkan segala keputusan kepada pihak mahkamah.
ARTIKEL BERKAITAN: Cerai ‘fast track’ persetujuan bersama, Zehra Zambri reda suami fail nusyuz
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zehra Zambri mahu cerai ‘fast track’, suami pula nak fail nusyuz selamat rumah tangga
Malah dia juga berharap mana-mana pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengelirukan selepas ini.
"Perceraian akan berlaku. Bagaimana bentuknya, saya serahkan kepada budi bicara mahkamah untuk tentukan. Pengakhiran rumah tangga ini biarlah masa menentukan.
"Saya harap selepas ini tiada lagi pihak beri kenyataan yang mengelirukan terutama daripada Zehra.
"Isteri saya orang yang hebat. Berilah sokongan kepadanya secara objektif," ujarnya.
Kenyataan yang dikeluarkan Iqwan.
Sebelum ini, Zehra mendedahkan keputusan bercerai secara ‘fast track’ bukan keputusan sebelah pihak sebaliknya atas persetujuan bersama.
Dia bagaimanapun berasa hairan apabila Iqwan seolah-olah sengaja memanjangkan proses penceraian mereka termasuk mahu memfailkan nusyuz terhadapnya.
Pada Februari lalu, Iqwan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi kerana bercadang memfailkan nusyuz terhadap Zehra sebagai salah satu usaha menyelamatkan rumah tangga mereka.
Zehra dan Iqwan miliki seorang cahaya mata bersama.
Ia susulan, Zehra didakwa mahu memfailkan cerai terhadap Iqwan tanpa sebarang sebab jelas memandangkan hubungan mereka tiada sebarang masalah.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017 namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!