suria

[V] Tak pernah abai tanggungjawab, Hafidz Roshdi usaha keras cari nafkah anak

PELAKON Hafidz Roshdi enggan ambil pusing akan persepsi netizen yang menuduh dia seorang bapa tidak bertanggungjawab terhadap dua cahaya mata bersama bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada. 

Biarpun tinggal berjauhan, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 31, memberitahu dia tetap berusaha keras untuk mencari nafkah buat anak-anaknya. 

"Anak-anak itu tetap berbinkan saya sebagai bapa mereka. Anak-anak tetap tanggungjawab saya. Sampai mati pun mereka adalah anak saya. 

Hafidz (kanan) ketika ditemui di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Selasa. 

"Tak kisahlah orang nak cakap saya tak pedulikan anak-anak. Apa yang penting, saya dah buat sehabis baik. 

"Saya tahu diri saya, tak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Sejak mereka kecil sampai sekarang, saya balik dari kerja di set penggambaran atau apa, saya mesti nak luangkan masa dengan mereka," katanya kepada mStar. 

Hafidz memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Selasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi lepas dan bebas kes pukul bekas isteri

ARTIKEL BERKAITAN: 2 tahun tak ambil ‘job', Hafidz Roshdi takut drama jadi kontroversi

Tambah pelakon ini, dia sedang cuba sehabis baik untuk kembali berjumpa dengan anak-anak yang sudah lebih setahun tidak bertemu kerana mereka menetap bersama Shuhada di Australia. 

"Sehingga kini masih dalam proses lagi (untuk berjumpa dua anaknya). Sudah lebih setahun tidak dapat bercakap dan berjumpa dengan mereka. 

"Saya tidak dapat hubungi mereka. Saya terkilan dengan situsi yang berlaku," ujarnya. 

Pada 30 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak lawatan sementara kepada Hafidz sepanjang cuti persekolahan hujung Mei ini. 

Hafidz berusaha keras untuk mencari nafkah buat dua orang cahaya matanya. 

Sementara itu, mahkamah dijadual akan mengeluarkan keputusan hadanah penuh pada 29 Julai.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan sah bercerai talak satu pada Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain