suria

[VIDEO] Pecah perut tengok filem Kampung Latah Kena Kuarantin, sekampung pantang kena cuit - “Sebelum penggambaran dah penat... penat ketawa”

Nazia tidak menyangka latah boleh jadi sumber rezeki.

MEMANG tak dapat bayangkan seandainya sesuatu kampung itu mempunyai kadar penduduk dengan sindrom melatah yang ramai hingga akhirnya mampu dijadikan sumber pendapatan.

Jika difikirkan memang tak logik, namun itulah suasana yang berlaku di Kampung Latah Permai iaitu sebuah kampung unik hingga menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia didiami ramai penduduk ‘kaki latah’.

Bukan main-main, di kampung ini siap ada agensi pelancongan yang membawa pelancong tempatan dan antarabangsa untuk melihat sendiri keunikan orang yang suka melatah.

ARTIKEL BERKAITAN: Nazia Mustafar ‘dihina’ dengan tawaran tak masuk akal, 28 babak dibayar RM1,500 - “Agak-agak la... ini namanya melampau!”

Namun ini semua hanyalah fantasi dalam sebuah filem komedi yang penuh dengan celoteh lucu iaitu Kampung Latah Kena Kuarantin.

Menurut pelakon yang juga penerbit filem ini iaitu Nazia Mustafar, idea penghasilan karya tersebut tercetus kerana sindrom latah cukup dekat dengan masyarakat tempatan.

Kampung-Latah-1-780x470

Nazia tidak menyangka latah boleh jadi sumber rezeki.

"Sejujurnya saya gementar tunggu filem ni keluar... tak boleh tidur, kecut perut.

"Idea menghasilkan Kampung Latah Kena Kuarantin ini datang selepas sedari aksi latah banyak menarik perhatian umum sehingga mewujudkan kelompok peminat tersendiri.

"Harapnya jalan cerita yang santai barisan pelakon yang sememangnya gamat dan melucukan mampu menghiburkan penonton... memang tak sangka latah ni boleh jadi sumber rezeki," katanya kepada mStar.

Kita ni pun melatah, orang latah tak boleh banyak kali take sebab nanti tak jadi.

NAZIA MUSTAFAR

PELAKON/ PENERBIT

Filem terbitan produksi Megapine (M) Sdn Bhd ini menghimpunkan ramai selebriti cukup terkenal dengan latah spontan.

Selain Nazia sendiri, antara pelakon utama yang terkenal dengan aksi latah ialah Ieda Moin, Azhan Rani, PS Mansur dan Din Latah.

Pelakon lain yang terlibat ialah Elisya Sandha, Joey Daud, Bell Ngasri, Ropie, Didie Alias, Azlee Senario dan Wanns Ahmad.

Menariknya lagi, filem ini diperhebatkan dengan penampilan istimewa oleh bintang-bintang popular tanah air seperti Datuk Awie sebagai Dukun Palermo, AR Badul (Tok Ketua), penceramah Syamsul Debat (Bro Aji), Riezman Khuzaimi (YB Hazil), Roy Azman (Pegawai Perubatan), Achong Sweet Child (Opera Cina) dan Mak Wan Latah (Mak Jenab).

NAZIA3

Selain Nazia antara pelakon adalah Azhan Rani, Eida Moin, Elisya Sandha, Ps Mansur, Din Latah, Joey Daud.

Bercerita lanjut tentang filem tersebut, Nazia akui berdepan cabaran untuk menghasilkan jalan cerita yang mempertaruhkan elemen latah.

"Kita ni pun melatah, orang latah tak boleh banyak kali take sebab nanti tak jadi. Buat dua kali take je paling banyak supaya tak ada cacamarba.

"Waktu penggambaran tu, ada masa yang produksi kena bagi hint kerana pelakon tak tahu mereka kena melatah sebab nak pastikan ia spontan.

"Kami gunakan tiga kamera supaya 'tak lari konti' dan nampak kesinambungan babak yang dilakonkan," katanya.

Tambah Nazia sesuatu yang menyeronokkan apabila dapat menghimpunkan ramai pelakon terkenal yang cukup sinonim dengan aksi komedi dan latah.

TONTON OFFICIAL TRAILER!



Katanya, pengalaman pelakon-pelakon senior memudahkan proses penggambaran filem Kampung Latah Kena Kuarantin.

"Kalau semua ada kat set jadi kecoh dan huru-hara. Sebelum penggambaran pun dah penat... penat ketawa.

"Tapi syukur Alhamdulillah kita semua happy.

"Tapi jangan risau kerana jalan cerita filem ini tetap ada walaupun melatah. Tapi filem ini bukanlah kualiti tayangan di panggung wayang.

"Harapan saya semoga filem ni diterima, bukan semua orang suka tapi latah ni ada peminat yang tersendiri," katanya.

Filem ini mula ditayangkan pada 9 September menerusi platform Astro First.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain