PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang terpaksa dilalui sepanjang pandemik Covid-19 dua tahun lalu banyak meninggalkan kesan kepada masyarakat Malaysia termasuk dari segi produktiviti akibat terperap di dalam rumah. Bagaimanapun berlainan dengan pelakon serba boleh Beto Kusyairy, dia menganggap PKP sebelum ini banyak membantunya mendalami watak sebagai Zuhal yang dipegang menerusi filem terbaharunya, Imaginur dengan baik. Kata pemilik nama sebenar Nur Kusyairy Zakuan Osman, 43, penggambaran yang terhenti selama enam bulan kerana pandemik banyak memberinya ruang dalam mengembangkan watak Zuhal yang disifatkan sebagai kompleks. "Saya pegang watak Zuhal itu selama enam bulan kerana penggambaran terhenti disebabkan pandemik. Saya anggap ia satu rezeki dan ada hikmah di sebaliknya. Antara babak di dalam Imaginur. "Jika dalam tempoh itu saya ambil watak lain sementara tunggu Imaginur disambung semula penggambaran saya mungkin kena 'cari' balik Zuhal itu. "Apabila PKP saya tak buat apa-apa berkurung dalam rumah itu sebenarnya sangat membantu saya untuk 'pegang' watak itu lebih lama. Bila penggambaran disambung semula, saya bawa rasa terkurung itu," katanya. Beto berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada malam tayangan perdana Imaginur yang diadakan pada malam Isnin lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Gandingan Beto, Diana Danielle hidupkan ‘Imaginur’... filem unik angkat kisah percintaan dunia hipnosis ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy kesal penggambaran terganggu kerana hasad dengki - “Biarkan penggera rumah berbunyi, hidupkan alarm kereta!” Mengulas lanjut mengenai Zuhal, Beto memberitahu pengalaman selama 23 tahun sebagai pelakon membantunya mengawal karakter tersebut dengan baik. Kata Beto, dari segi sudut lakonan dia sudah dapat memahami teknik bagaimana mengawal sesuatu watak agar tidak terbawa-bawa dengannya. "Ia tidak seteruk seperti yang digambarkan bila pengang watak Zuhal ini, sebab dari sudut lakonan pun saya dah faham teknik macam mana kawal. Saya tidak merasa berat atau leceh nak pengang Zuhal, lagi pun saya memang seronok duduk dekat rumah. BETO KUSYAIRY PELAKON "Tidaklah macam masa mula-mula saya berlakon, bila dah habis penggambaran tiga bulan saya tertekan sebab tak tahu nak buang watak tersebut dalam diri. "Bila dah tahu teknik, tak ada masalah itu dan bila waktu pendemik saya pun tidak merasa berat atau leceh nak pengang Zuhal, lagi pun saya memang seronok duduk dekat rumah," katanya lagi. Imaginur mengisahkan tentang seorang lelaki yang bermimpi seorang gadis yang kemudian tiba-tiba dapat bertemu di alam realiti. Pengarah Imaginur, Nik Amir Mustapha memberitahu filem diinspirasikan daripada kehidupan masyarakat Malaysia yang bertemakan cinta dan kekeluargaan. Beto sebagai Zuhal dan Diana Danielle pegang watak Nur di dalam Imaginur. Bagi memberi suntikan kelainan, Nik Amir menampilkan elemen hipnosis selain elemen misteri dan teka-teki yang rumit bagi membuatkan penonton berfikir. "Sebenarnya idea untuk menghasilkan filem ini sudah ada sejak sebelum saya mengarahkan filem pertama iaitu KIL. "Saya bergandingan dengan Redza Minhat untuk menulis sebuah filem bertema cinta, hipnosis dan kehidupan," kongsinya. Selain Beto, Imaginur turut menampilkan Diana Danielle, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Datuk Aflin Shauki, Meor Hashim Manaf dan Pekin Ibrahim. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!