FILEM Polis Evo 3 terus membuktikan kejayaan apabila berjaya memperoleh kutipan sebanyak RM16 juta selepas empat hari tayangan di pawagam. Pencapaian itu membuktikan karya tempatan kekal mendapat tempat dalam kalangan peminat meskipun perlu bersaing hebat dengan tayangan filem Hollywood, Fast X. Meluahkan rasa syukur atas sambutan penonton, Penerbit Eksekutif merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad memberitahu ini juga menjadi tanda aras filem tempatan adalah setanding karya luar negara. Syafiq (kanan) berjaya menhasilkan Polis Evo 3 dengan cara tersendiri. "Syukur atas kejayaan luar biasa ini dan ia membuktikan penonton kita masih mempercayai filem tempatan serta mahukan filem berkualiti. "Sokongan padu penonton menjadi nadi untuk filem Malaysia terus bernafas dan melangkah setanding naskah luar negara," katanya dalam satu kenyataan. Bagi merancakkan lagi tayangan filem ini, pihaknya menjadualkan siri jelajah di beberapa lokasi dalam usaha meningkatkan lagi jualan tiket. ARTIKEL BERKAITAN: Tewaskan Fast X... Polis Evo 3 catat kutipan RM3.4 juta hari pertama tayangan ARTIKEL BERKAITAN: Emosi tak stabil di lokasi, Shaheizy Sam sanggup berlapar demi ‘Polis Evo 3’... sampai elak dekati isteri takut bergaduh! Malah musim cuti persekolahan yang bermula Sabtu lagu juga diharapkan menjadi faktor kepada lebih ramai peminat untuk membeli tiket di pawagam seluruh negara. "Memandangkan cuti sekolah telah tiba, kami mengharapkan lebih ramai penonton dapat datang menyaksikan filem aksi komedi ini bersama seisi keluarga kerana ia memang sesuai untuk hiburan sekeluarga. "Kami memulakan sesi jelajah di Pantai Timur sebelum ini dan disambut meriah peminat. Ada yang sanggup datang jauh semata-mata untuk menyaksikan filem ini," ujarnya. Gandingan Zizan dan Sam menghidupkan Polis Evo. Filem terbitan bersama Astro Shaw, Skop Productions dan TGV Pictures ini merupakan arahan pengarah Syafiq Yusof dan mula ditayangkan sejak 25 Mei lalu. Siri jelajah bertemu peminat bersama barisan pelakon turut akan diadakan di beberapa lokasi seluruh Malaysia selain di Singapura. Filem Polis Evo 3, sekali lagi menggandingkan pelakon Shahiezy Sam dan Zizan Razak sebagai teraju utama yang membawa misi mereka sebagai anggota polis. Selain Sam dan Zizan, pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana. Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23juta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!