suria

Adi Putra dapat ilham ketika di Madinah, kutipan filem ‘Syaaban’ masuk tabung badan kebajikan

Adi berharap filem Syaaban menerima sambutan daripada penonton.

IMPIAN pelakon Datuk Adi Putra bergelar pengarah filem akhirnya terlaksana apabila karya pertamanya berjudul Syaaban bakal menemui penonton di pawagam pada 29 Jun ini.

Adi atau Mohamed Hadi Putra Halim, 42, berkata, dia mendapat ilham untuk menghasilkan filem itu sejurus pulang dari Tanah Suci Makkah empat tahun lalu.

"Bukan impian saya untuk menjadi seorang penerbit atau pengarah tapi idea menghasilkan filem ini tercetus pada tahun 2019 yang mana saya mahu hasilkan sebuah filem amal.

"Ketika itu saya berada di Madinah, sebaik sahaja pulang ke Malaysia, terus dapat ilham untuk menghasilkan Syaaban," katanya kepada mStar.

Snapinsta.app_356118389_952682385982352_3387749414591611557_n_1080

Adi Putra bersama Doktor Nadia yang memegang watak Fatimah.

Adi berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media filem Syaaban yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Bercakap lanjut mengenai karya itu, Adi berkata, ia diinspirasikan daripada filem Indonesia berjudul Kiamat Sudah Dekat arahan Deddy Mizwar dan dibintangi oleh Andre Taulany, Deddy Mizwar, Ayu Pratiwi, dan Nazar Amir pada 2003.

Adi memberitahu dia menghasilkan filem ini bukan untuk bersaing dengan naskhah hebat lain sebaliknya ingin menyedarkan penonton tentang ilmu akhirat.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Adi Putra muncul baca doa buat tetamu sayu, kesan Zara Adelia ada masalah pendengaran sejak usia 6 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy ‘gayat’ menang trofi FFM32, Adi Putra pula harap lakonan dapat sampai mesej baik

Malah keuntungan yang bakal diperolehi nanti akan disalurkan kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) serta sekolah tahfiz yang memerlukan.

"Saya bukan nak bersaing dengan filem hebat yang lain tapi saya mengadakan filem ini kerana ramai yang terlalu sibuk dengan duniawi sehingga lupa apa yang harus kita kejarkan.

"Saya percaya sehebat-hebat kutipan tak sehebat pada pandangan Allah SWT.

"Jadi kutipan nanti yang akan datang akan disalurkan dan diagih kepada NGO yang menyokong salah satunya di bawah Ustaz Wadi dan juga mahaad tahfiz seluruh Asia," ujarnya.

Idea menghasilkan filem ini tercetus pada tahun 2019 yang mana saya mahu hasilkan sebuah filem amal.

ADI PUTRA

PELAKON/PENGARAH

Sementara itu, Adi berkata, ketika penggambaran dia turut berdepan pelbagai cabaran untuk menyiapkan filem ini memandangkan terpaksa berdepan dengan pandemik Covid-19 pada 2020.

Bukan itu sahaja Adi berkata dia terpaksa melakukan perbincangan semula dengan pelakon Liza Abdullah memandangkan ketika itu aktres berkenaan belum mengenakan hijab.

"Saya sudah berbincang dengannya dan memaklumkan terlebih dahulu kepadanya. Alhamdulillah setelah diizinkan olehnya saya anggap ia sebagai satu hikmah," ujarnya.

Snapinsta.app_355661491_591927112928467_6717123160673300360_n_1080

Antara babak di dalam filem Syaaban.

Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki iaitu Syaaban dilakonkan oleh Adi Putra yang mengejar cinta Fatimah.

Disebabkan enggan Syaaban menjadi menantunya, bapa Fatimah yang dilakonkan oleh Hasnul Rahmat memberi syarat agar pemuda berkenaan mendalami ilmu agama dengan tempoh masa yang diberikan.

Selain Adi, Syaaban turut dibarisi barisan pelakon seperti Hasnul Rahmat, Akmal Khan, Adeep Nahar, Jobot dan Doktor Nadia.

Syaaban akan bertemu peminat pada Hari Raya Aidiladha di pawagam seluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain