PENYANYI Datuk Awie menjelaskan keputusannya membawa beberapa watak popular daripada filem arahan Mamat Khalid menerusi karya terbitan pertamanya iaitu Sue-On bukan untuk mengambil kesempatan menumpang populariti nama Allahyarham.Awie atau Ahmad Azhar Othman, 55, sebaliknya berkata, watak itu ditampilkan sebagai mengubat kerinduan peminat terhadap karya Allahyarham selain penonton menggemari cerita rakyat. "Filem ini bukan menumpang nama Allahyarham tapi ia merupakan sebuah cerita rakyat yang disukai ramai. Ia bersifat santai tanpa memerlukan penonton berfikir."Masuk panggung hanya untuk ketawa, balik juga dalam keadaan tenang.Awie teruja dengar gelak ketawa penonton."Dalam pada masa sama karakter yang dirindui orang ramai ada di dalam filem ini, jadi apabila menontonnya sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduaan mereka," katanya kepada mStar.Awie berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam tayangan perdana filem Sue-On yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Tribute buat Mamat Khalid, Awie harap dapat terbit lebih banyak filem selepas ‘Sue-On’ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lapan tahun terpisah, Awie akhirnya berpeluang jumpa dua anak Aidiladha iniSelain Awie, Sue-On arahan Razif Rashid turut dibintangi Reen Rahim, Roie, Azlee Senario, Acey Bocey, Joey Daud, Azlee Khairi, Nadia Mustafar, Erra Fazira dan ramai lagi.Filem komedi seram ini bakal menemui penonton seluruh Malaysia pada 6 Julai 2023.Dalam pada itu, Awie menjelaskan sebelum penggambaran filem itu bermula, dia sempat meminta izin daripada Mamat tentang perancangannya untuk naskhah pertamanya itu. Filem ini bukan untuk menumpang nama arwah tapi ia merupakan cerita rakyat yang disukai ramai.DATUK AWIEPENYANYI/PENERBIT"Sebelum buat filem ini, pengarah ada menghubungi arwah dan memaklumkan tentang perancangan dan hala tuju filem ini."Kami juga ada minta kebenaran sebagai tanda hormat kami kepada seorang yang dianggap sebagai abang dan guru."Tapi atas ketentuan-Nya, ketika penggambaran, Mamat meninggal dunia dan tidak sempat menonton hasil akhir filem ini," jelasnya.Watak Ropie riuhkan suasana filem Sue-On.Mengulas mengenai kemunculan Erra Fazira dalam filem berkenaan, Awie memberitahu penyanyi dan pelakon itu memegang watak sebagai Zainab dan peranannya hanya sekadar cameo.Jelasnya, Erra hanya mengambil masa sehari untuk menyelesaikan babaknya di Perak sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada hari sama.Sementara itu, Awie berkata, dia mendapat keberanian untuk menerbitkan filem berkenaan ketika negara dilanda pandemik Covid-19 memandangkan persembahan nyanyian tidak dibenarkan.Bagaimanapun kata vokalis kumpulan Wings ini, sejak beberapa tahun lalu dia sudah bersedia untuk bergelar seorang penerbit dan menyifatkan pandemik membuatkan dia berani merialisasikan impian tersebut.Erra setuju dengan sekali panggilan telefon."Kerajaan pada ketika itu hanya membenarkan penggambaran filem dibawah prosedur operasi standard (SOP) yang terhad."Masa itulah yang fikir kalau saya tak buat pelaburan ini... bila lagi. Itu yang saya mula jalani penggambaran drama dan telemovie."Malah kos juga menjadi cabaran ketika itu, sekiranya ada positif Covid-19 mungkin perlu mengeluarkan lebih banyak modal tapi saya bersyukur tiada yang dijangkiti Covid-19," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!