suria

Angkat kisah tradisi penggal kepala kaum Iban, filem 'Headhunter' boleh jadi bahan pendidikan generasi baharu

Heanhunter kini boleh ditonton di Prime Movie.

TRADISI memburu kepala cukup sinonim dalam kalangan kaum Iban yang dianggap sebagai satu budaya membuktikan kepahlawanan seorang lelaki.

Mengangkat tradisi, adat dan kepercayaan yang pernah wujud sebelum ini, pengarah Badd Badrul menceritkannya semula dalam sebuah karya fiksyen berjudul Headhunter.

Menurut Badd, karya dengan latar belakang abad ke-18 ini juga menggambarkan kepahlawanan kaum Iban apabila seorang lelaki berani kepalanya sendiri dipenggal.

headhunter 3

Anding menjadi teraju utama dama Headhunter.

"Pahlawan Iban sejati bukan sahaja yang memenggal kepala tetapi sanggup kepalanya dipenggal, ini merupakan tagline untuk filem ini.

"Saya menghasilkan naskhah ini dalam bentuk fiksyen tetapi apa yang ingin disampaikan adalah tentang sejarah atau adat tradisi yang telah sebati dalam masyarakat Iban," katanya.

Bukan sekadar naskah untuk hiburan, Badd juga mahu filem ini menjadi bahan pendidikan buat generasi kini yang tidak lagi terdedah dengan budaya sebegitu.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkat beberapa watak popular filem Mamat Khalid dalam ‘Sue-On’, Awie bukan tumpang populariti tapi sudah minta izin

ARTIKEL BERKAITAN: Adi Putra dapat ilham ketika di Madinah, kutipan filem ‘Syaaban’ masuk tabung badan kebajikan

Justeru dalam penghasilan filem ini, Badd mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk susunan bahasa bagi memastikan ia memberi gambaran sebenar tentang sejarah tradisi suku kaum Iban ini.

"Besar harapan saya pengisian di dalam Headhunter dapat ditonton sekaligus dikenali dan difahami oleh generasi masa kini tentang budaya serta adat tradisi kaum terdahulu sebelum kita.

"Naskhah ini bukan hanya bergantung kepada latar belakang tradisi Headhunter atau pemburu kepala itu semata-mata. Sebaliknya ia dipenuhi dengan pengembaraan, aksi, suspen dan pembalasan yang diselitkan bersama kisah asmara dan setiakawan yang sangat tinggi," ujarnya.

headhunter 4

Kisah tradisi kaum Iban menjadi paparan dalam Headhunter.

Headhunter memaparkan kisah empat orang sahabat iaitu Anang, Lebor, Untai dan Siah yang membesar bersama dan melalui pelbagai pengalaman hidup sejak kecil.

Anang (lakonan Anding Indrwani) bagaimanapun mempunyai jalan cerita tersendiri apabila bapanya mati dibunuh dan ia menjadi titik tolak semangat untuk dia membalas dendam.

Cabaran buat mereka bermula apabila perlu menjalani misi nyayau iaitu memburu kepada apabila mereka sudah meningkat dewasa sebagai salah satu syarat menjadi pahlawan Iban.

Selain Anding filem ini turut dibintangi oleh Chacha Maembong, Ebi Kornelis, Ahya Rosli dan Zulaika Zahari.

Filem yang pernah memenangi Anugerah Khas Juri Festival Filem Malaysia ke-31 ini boleh disaksikan di aplikasi Prime Video bermula 29 Jun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain