suria

Remaja pekak boleh cakap dengan kelip-kelip... suami isteri angkat komuniti OKU dalam filem fantasi ‘MagiK’

Filem MagiK angkat komuniti OKU pendengaran.

DALAM usaha mengetengahkan komuniti orang kurang upaya (OKU) pendengaran, syarikat produksi 42nd Pictures Sdn Bhd yang diterajui pasangan suami isteri iaitu Yasu Tanaka dan Bea Tanaka tampil dengan filem berjudul magiK.

Filem bergenre drama, keluarga dan fantasi arahan Tanaka itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman, Kamarul Eqifshah dan bintang cilik, Qisya Hairulzain.

Menurut Tanaka, magiK yang juga filem kedua arahannya itu bukan sekadar mengangkat kisah gadis pekak yang mampu berkomunikasi dengan kelip-kelip, malah menjadi platform untuk penonton mendekati golongan berkenaan.

pekak 1

Remaja OKU mampu berkomunikasi dengan kelip-kelip.

"Idea menghasilkan magiK apabila idea disatukan iaitu hubungan isteri, Bea dengan komuniti pekak dan minat saya terhadap alam alam semula jadi.

"Begitulah cara dua idea ini digunakan untuk mencipta cerita seorang gadis pekak yang boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip.

"Sehubungan itu, tayangan khas filem magiK membabitkan tujuh lokasi terpilih di seluruh negara diadakan antara September dan Oktober ini.

pekak 2

Pasangan suami isteri Yasu Tanaka (kiri) dan Bea Tanaka mahu angkat komuniti OKU.

"Kami berharap orang ramai tidak melepaskan peluang menonton tayangan khas filem magiK yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga," katanya.

Tayangan khas magiK bermula di Warung Adri, Kuantan, Pahang pada Sabtu lalu disusuli konsep wayang pacak di Pantai Telaga Papan, Setiu, Terengganu pada Sabtu depan.

Selain itu, lokasi tayangan khas filem berkenaan akan diteruskan di Space08000, Sungai Petani, Kedah (29 September); YMCA, Kuala Lumpur (1 Oktober); YMCA, Georgetown, Pulau Pinang (7 Oktober); PORT, Ipoh, Perak (14 dan 15 Oktober) yang turut menjemput penonton dari komuniti bermasalah pendengaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Reboot ‘Rahsia’ dapat sentuhan anak Othman Hafsham, temui penonton 10 Ogos

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas pukau penonton di Amerika Syarikat, ‘Walid’ masuk panggung Malaysia 14 September

Jadual tayangan khas magiK akan berakhir di Embrace Hall, Johor Bahru, Johor pada 20 Oktober depan.

Sementara itu, Bea pula memberitahu pihaknya berhasrat memberikan pendedahan kepada masyarakat luar bandar dan golongan masalah pendengaran untuk bersama menonton karya ini.

"Versi yang akan ditayangkan untuk tayangan khas ini ialah versi 'closed caption' yang memudahkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran.

"Filem magiK memaparkan masyarakat Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Selangor dan kami mahu mendekati golongan sasaran seperti masyarakat luar bandar menerusi konsep tayangan khas ini.

"Kami juga menjemput sekolah pendidikan khas sekitar Ipoh dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Perak," kata Bea yang juga bekas guru pendidikan khas selama 15 tahun.

pekak 4

MagiK mendekati golongan OKU dan masyarakat luar bandar.

Filem magiK yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 30 November depan memaparkan gadis pekak berusia tujuh tahun, Kit yang tinggal di perkampungan terkenal dengan kelip-kelip. Keluarganya bergelut dengan masalah kewangan kerana bapanya hanya bekerja sebagai pendayung membawa pelancong melihat kelip-kelip.

Manakala ibunya pula menyuruh belajar bahasa isyarat dan pergi ke sekolah, namun Kit tidak berani untuk berkomunikasi dengan orang ramai kerana lebih cenderung untuk hidup dalam dunia yang dikelilingi alam semula jadi.

Namun, semuanya mula berubah apabila Kit bertemu dengan seekor kelip-kelip yang boleh berkomunikasi dengannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain