suria

Yakin filem ‘Jiwa 8 Belas’ dapat sambutan penonton, pengarah ada rancangan hasilkan sekuel

Jiwa 8 Belas temui penonton bermula 18 Januari 2023.

MEMULAKAN tayangan di pawagam pada Khamis, pengarah Jiwa 8 Belas iaitu S Baldev Singh memaklumkan pihaknya sudah merancang untuk muncul dengan sekuel filem berkenaan.

Menurut S Baldev, 61, pihaknya yakin untuk menghasilak sekuel filem berkenaan kerana percaya naskhah itu akan mendapat maklum balas positif daripada penonton.

“Kami sudah buat yang terbaik dan barisan pelakon meberi komitmen terbaik merealisasikan filem ini.

WhatsApp Image 2024-01-18 at 3.57.57 PM

Lakonan Sophia Albarakbah dipuji.

“Selebihnya, saya serah kepada penonton untuk menilainya dan juga pada Tuhan. Kalau sudah ada bajet, bila-bila masa pun kami boleh mulakan projek sekuel filem ini,” katanya.

Mengulas mengenai Jiwa 8 Belas lagi, S Baldev berkata filem ini ia mempunyai kekuatan daripada segi jalan cerita dan mesej untuk disampaikan pada penonton.

Katanya, filem itu memaparkan kisah anak luar nikah dan sebagai ibu bapa kita perlu mengawal anak remaja yang berusia 18 tahun daripada terjebak dalam gejala sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Kantonis, pengarah Melayu... Tunku Mona Riza keluar zon selesa menerusi Rain Town

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sayu Yang Syukur’ akhirnya masuk pawagam, ada sebab Aaron Aziz peram filem 8 tahun

“Jiwa 8 Belas mengetengahkan barisan pelakon seperti Sophia Albarakbah (Fatien), Shah Hazvee (Ishq) dan Izuan Razali (Mat Kitam) sebagai watak utama.

“Pemilihan barisan pelakon menerusi proses uji bakat dan ketika itu, nama mereka juga belum dikenali ramai,” katanya.

Berkongsi mengenai pembikinan Jiwa 8 Belas, S Baldev berkata ia menjalani penggambaran pada 2020 dan filem ini dihasilkan menggunakan duitnya sendiri dengan bajet mencecah RM1 juta tanpa mendapat dana daripada mana-mana pihak.

WhatsApp Image 2024-01-18 at 3.57.59 PM

Shah Radhi dan Sophia tunjuk sisi lain dalam filem ini.

“Sebagai pengarah berpengalaman, saya tidak berdepan cabaran bekerjasama dengan pelakon baharu kerana apa yang penting, mereka boleh dibentuk dan bekerja keras untuk watak masing-masing.

“Saya berpuas hati dengan prestasi lakonan Sophia, Shah Hazvee dan Izuan kerana berjaya menjiwai karakter dengan baik,” katanya.

Jiwa 8 Belas turut menampilkan barisan pelakon seperti Ikhram Juhari membawa watak Edd, Kanda Khairul (Kanda), Akim Nordin (Kucai), Faha Azhar (Botak), A Galak (Kudin), Datuk Fauziah Nawi (emak) dan Datuk Jalaluddin Hassan (Atok Li).

Ia mengisahkan pasangan kekasih melalui pengalaman pahit apabila mereka diculik oleh sekumpulan samseng yang memperdagangkan wanita ke Thailand.

Filem Jiwa 8 Belas mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula Khamis, 18 Januari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain