Pelumba pasukan Azad Universiti, Hossein Nateghi (tengah) memenangi saingan peringkat ketiga Grik-Tanah Merah pada Kejohanan Jelajah Malaysia 2009 hari ini. Tempat kedua dimenangi pasukan Dot Doha Rafai Chtioui (kanan) dan ketiga pasukan Tabriz Petrochemical Mehdi Sohrabi.TANAH MERAH: Pelumba Iran Hossein Nateghi membuat pecutan hebat untuk memenangi perlumbaan peringkat ketiga Jelajah Malaysia 2009 (JM2009) dari Gerik, Perak ke Tanah Merah, Kelantan hari ini.Hossein yang mewakili Azad University Continental Team mencatatkan masa empat jam, lima minit dan 30 saat untuk yang pertama tiba di garisan penamat, mengatasi 34 lagi pelumba. "Ini adalah peringkat yang paling sukar. Sasaran saya pada peringkat ini adalah untuk menang jersi polka dot merah (Raja Bukit) tetapi memenangi peringkat ini adalah sesuatu yang menggembirakan," katanya kepada pemberita pada sidang media hari ini."Walaupun tidak memenanginya hari ini, sekurang-kurangnya ia (jersi polka dot merah) menjadi milik rakan sepasukan," katanya.Hossein berkata cabaran dua peringkat selepas ini lebih kepada pelumba pecut dan beliau menyerahkan tanggungjawab itu kepada pelumba pecut bagi mencapai sasaran pasukannya untuk muncul juara pada perlumbaan tahun ini.