suria

Beckham Sahkan Terpaksa Ambil Suntikan Penahan Sakit Untuk Beraksi Dalam Pertandingan Akhir Piala Amerika

David Beckham nampaknya tidak mempunyai pilihan lain melainkan terpaksa mengambil suntikan ubat penahan sakit bagi membolehkannya bermain mewakili Los Angeles Galaxy menentang Real Salt Lake dalam pertandingan akhir Piala MLS yang dijadualkan berlangsung lewat hari Ahad. Beckham, 34, terdesak untuk mewakili pasukannya pada pertandingan akhir itu kerana jika pasukannya menang, dia akan menjadi bintang bolasepak pertama yang berjaya memenangi tiga kejuaraan di tiga liga berasingan dalam dua benua yang berbeza.

Bintang England itu telahpun memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama Manchester Utd dan Liga Sepanyol bersama Real Madrid.

Beckham mengambil bahagian dalam latihan bersama pasukannya Jumaat lalu. Ketika ditanya apakah dia akan mengambil suntikan penahan sakit Beckham pantas menjawab; “Ya! Dah tentu kena suntik. Ini adalah sebahagian daripada bolasepak dan ini adalah sebahagian daripada pengorbanan jika dah main bola.”

Beckham, yang akan kembali menyarung jersi AC Milan sebagai pemain pinjaman menjelang 28 Disember ini bagi membolehkannya cergas untuk terpilih ke pusingan akhir Piala Dunia berkata, pertandingan akhir ini sangat penting bagi dirinya.

"Apatah lagi inilah buat pertama kalinya saya akan beraksi dalam perlawanan akhir Piala MLS dan saya bangga untuk mewakili Galaxy,” ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan