KUALA TERENGGANU: Jurulatih pasukan bolasepak Terengganu yang baru, Irfan Bakti Abu Samah meletakkan sasaran untuk memenangi sekurangkurangnya satu piala buat pasukan itu dalam kempen saingan Liga Malaysia 2010.Irfan Bakti yang sebelum ini membimbing pasukan Perlis, berkata kesediaannya melatih pasukan Terengganu musim depan kerana mendapati pasukan itu mempunyai potensi dan barisan pemain berkualiti. "Jadi itu sasaran saya. Kalau tidak tercapai sasaran itu, bermakna saya gagal," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau menggantikan Ken Worden yang tidak disambung kontraknya oleh Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) tahun depan. Beliau juga yakin kedudukan kewangan yang PBSNT yang kukuh memudahkan laluan Terengganu untuk muncul sebagai salah sebuah pasukan terbaik tahun depan.PBSNT menyediakan bajet sebanyak RM3 juta untuk menghadapi Liga Malaysia tahun depan, berbanding RM2 juta tahun ini.Irfan Bakti yang pernah membimbing pasukan Negeri Sembilan dan Telekom Melaka berkata, beliau cukup gembira apabila ditawarkan untuk melatih pasukan Terengganu."Saya tidak akan siasiakan amanah persatuan, tambahan pula sebahagian besar daripada pemainpemain Terengganu saya kenal dan pernah saya bimbing, jadi, tidak ada masalah untuk saya membimbing pasukan ini," katanya. BERNAMA