suria

Dua Emas, Satu Rekod Kejohanan Daripada Olahraga

VIENTIANE, 15 Dis -- Atlet Baling Tukul Besi Negara Tan Song Hwa mengangkat tangannya selepas berjaya membuat lontaran emas dalam acara Baling Tukul Besi Wanita Akhir pada Sukan SEA ke-25 di Kompleks Sukan Nasional di sini, Selasa. Beliau memecahkan rekod Sukan SEA dan rekod kebangsaan dalam acara itu dengan lontaran sejauh 56.41 meter. --fotoBERNAMA

VIENTIANE: Setelah skuad olahraga negara ketandusan pingat emas, akhirnya Tan Song Hwa dan Teoh Boon Lim menyumbang dua pingat emas untuk kontinjen Malaysia.

Kedua-duanya adalah menerusi acara baling tukul besi wanita dan 20 kilometer jalan kaki lelaki.

Bagi Song Hwa, pencapaian di Sukan SEA Laos amat bermakna bagi dirinya selepas dua penampilan di temasya sukan dwi tahunan itu gagal mendatangkan sebarang hasil.

Pada acara baling tukul besi wanita yang berlangsung di Stadium Nasional, Kompleks Sukan Nasional itu, Song Hwa berjaya membuat balingan sejauh 56.41 meter untuk pingat emas dan sekali gus mencipta rekod baru kejohanan serta rekod kebangsaan.

Rekod Sukan SEA sebelum ini iaitu 53.35 meter yang dipegang Siti Shahidah Abdullah (Malaysia) yang dicatat di Sukan SEA Manila 2005 dan rekod kebangsaan miliknya iaitu 55.67 meter. Sementara pesaing terdekatnya, Rose Herlinda (Indonesia) dan Ruttana Suraprasert (Thailand) masing-masing mencatat jarak 54.12 meter dan 48.00 meter untuk pingat perak dan gangsa.

"Saya rasa yakin saya dapat raih pingat emas tetapi tidak sangka jarak balingan saya itu mencatat rekod baru Sukan SEA. Saingan amat ketara daripada atlet dari Indonesia tetapi saya tetap fokus dan terus beri saingan," kata atlet berusia 23 tahun dari Kuantan, Pahang itu.

Menurut Song Hwa, pada temasya dua tahun lepas di Korat, Thailand, beliau hanya sekadar mendapat tempat kelima sahaja.

Terdahulu, dalam acara 20 kilometer jalan kaki, Boon Lim pula gembira kerana dapat mempertahankan pingat emas yang dimenanginya dua tahun lepas.

"Dengan usia saya sudah 32 tahun ini, saya cuma datang ke sini untuk bertanding dan tidak fikir untuk catat sebarang rekod. Saya gembira sebab dapat pertahan pingat emas untuk Malaysia," kata Boon Lim, yang memenangi pingat emas pertama peribadi pada 2001 di Kuala Lumpur. Beliau bagaimanapun melahirkan rasa kecewa kerana Malaysia tidak mempunyai pelapis untuk acara ini dan meminta Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) supaya mencari bakatbakat baru memandangkan Malaysia adalah kuasa dominan acara ini.

Sementara itu, seorang lagi atlet negara, Lo Choon Sieng telah dibatalkan penyertaannya selepas 54 minit acara itu berlangsung akibat kesalahan teknikal yang dilakukannya.

Dalam acara 20 kilometer jalan kaki wanita pula, Norliana Mohd Rusni, 16, hanya mampu menghabiskan saingan di tempat keempat dengan catatan masa 1'54:58.00s. Pingat emas menjadi milik atlet Myanmar, Kay Khing Myo Tun dengan masa 1'45:06.00s.

Untuk rekod, atlet Malaysia mendominasi acara 20 kilometer jalan kaki Sukan SEA secara berturut-turut sejak tahun 1991 di Filipina melalui Harban Narinder Singh, yang turut memegang rekod acara ini iaitu 1'29:13.00s yang dicatat pada temasya di Thailand pada tahun 1995. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain