suria

Barcelona & Inter Tempah Tiket Ke Separuh Akhir

BARCELONA dan INTER MILAN menempah tiket ke separuh akhir Piala Eropah apabila menumpaskan lawan masing-masing dengan penuh bergaya dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.

Lionel Messi menjadi hero Barcelona apabila menjaringkan empat gol untuk menewaskan Arsenal 4-1 sekaligus melengkapkan agregat kemenangan 6-3.

Arsene Wenger, pengurus Arsenal memberi penghormatan kepada Messi dengan berkata; "Dia membuatkan sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin."

"Malah dia mempunyai enam hingga tujuh tahun lagi untuk mempamerkan sentuhan ajaibnya itu," ujar Wenger lagi.

Jaringan Nicklas Bendtner terlebih dahulu meletakkan Arsenal di hadapan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan pertama di Stadium Emirates, minggu lalu.

Tetapi malangnya, Barcelona bertindak menyamakan kedudukan tidak sampai tiga minit kemudian apabila Michel Silvestre gagal menyepak keluar bola dari kawasan bahaya sebaliknya jatuh ke kaki Messi yang tidak teragak-agak untuk menerjah masuk ke bahagian atas hujung penjuru gawang Arsenal.

Dan lapan minit sebelum separuh masa pertama tamat, kali ini giliran Abidal pula gagal membersihkan bola dan Pedro yang berjaya mencuri bola menghantarnya kepada Messi yang dengan mudah melambung bola melepasi Manuel Almunia.

Selepas minit ke-42, tandukan Seydou Keita sekali lagi menemui Messi yang sekali lagi berjaya menewaskan Almunia.

Dalam situasi ini Arsenal kelihatan sudah mengalah dan tidak terdaya mengubah rentah permainan.

Dan dalam minit ke-88, Messi melengkapkan malam penuh gemilang baginya apabila berjaya menjaringkan gol ke empat Barcelona sekaligus melenyapkan harapan Arsenal yang nampaknya akan berputih mata tanpa sebarang trofi musim ini.

Dengan kemenangan itu, Barcelona akan bertemu menentang Internazionale pada pusingan separuh akhir nanti.

Barcelona: Victor Valdes, Daniel Alves, Rafael Marquez, Gabriel Alejandro Milito, Eric Abidal (Cabelino Andrade Maxwell, 53), Xavier Hernandez Xavi, Seydou Keita, Sergio Busquets, Lionel Messi, Krkic Perez Bojan (Yaya Toure, 56), Pedro Rodriguez Pedrito (Andres Iniesta, 86).

Arsenal: Manuel Almunia, Bacary Sagna, Thomas Vermaelen, Mikael Silvestre (Emmanuel Eboue, 64), Gael Clichy, Vassiriki Abou Diaby, Tomas Rosicky (Da Silva Eduardo, 73), Samir Nasri, Theo Walcott, Pereira Neves Denilson, Nicklas Bendtner.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan suku akhir, Internazionale menewaskan CSKA Moscow 1-0 untuk menang dengan agregat 2-0.

Hero Inter ialah pemain antarabangsa Belanda Wesley Sneijder yang menjaringkan gol seawal minit ke enam perlawanan untuk membawa Inter memasuki pusingan separuh akhir buat pertama kalinya sejak tahun 2003.

Pengurus Inter, José Mourinho berkata; "Pelan perlawanan kami adalah untuk menjaringkan gol terlebih dahulu. Dalam perlawanan pusingan pertama di Milan, kami berjaya melakukannya dan malam ini kami berjaya."

CSKA Moscow: Igor Akinfeev, Deividas Semberas, Sergey Ignashevich, Alexey Berezutsky, A, Vassily Berezutsky, V (Chidi Odiah, 14), Georgy Shennikov, Alan Dzagoyev, Pavel Mamayev, Mark Gonzalez, Keisuke Honda (Elvir Rahimic, 77), Tomas Necid (Milhomem Gusmao Guilherme, 71).

Internazionale: Soares de Espindola Julio Cesar, Ferreira Lucio, Douglas Sisenando Maicon, Walter Samuel, Javier Zanetti, Dejan Stankovic, Wesley Sneijder (Sulley Muntari, 86), Esteban Matias Cambiasso, Samuel Eto'o, Diego Alberto Milito (Mario Balotelli, 74), Goran Pandev (Cristian Chivu, 63).

Artikel Sebelum

Artikel Lain