suria

Hari Malang Buat United

SIR ALEX Ferguson dan keseluruhan lebih 70,000 penyokong Manchester United terpaku dalam keadaan tidak percaya apabila mereka melihat pasukan mereka yang sedang mendahului 3-0 tiba-tiba ranap sebaik sahaja Bayern Munich meledakkan dua gol yang memusnahkan impian Piala Eropah bagi musim ini.

Ketika United sedang mendahului 3-0 hasil jaringan Darren Gibson (seawal minit ke 3) dan Nani (pada minit ke 7 dan 41) separuh masa pertama, mereka sebenarnya dari segi agregat sedang berada di hadapan dengan 4-2.

Tetapi segala-galanya berubah sebaik sahaja pemain pertahanan muda dari Brazil, Rafael Da Silva dilayangkan kad kuning kedua sekali gus bermakna kad merah pada minit ke 50.

Tujuh minit sebelum Rafael menerima kad merah, Bayern telahpun memboloskan sebiji gol menerusi Ivica Olic. Tetapi keadaan menjadi tak ketahuan selepas itu dan tekanan demi tekanan yang diberikan oleh Bayern akhirnya berjaya memperolehi gol menerusi Arjen Robben - bekas pemain sayap Real Madrid.

Jaringan Robben sekaligus menjadikan kedudukan agregat 4-4 dan ini memberi kelebihan kepada Bayern menerusi gol di tempat lawan.

Old Trafford tidak pernah berada dalam situasi sebegini dan untuk pertama kalinya juga sejak 2003, kejohanan ini bakal menyaksikan ketiadaan wakil dari Kepulauan British pada peringkat separuh akhir.

Pada separuh masa perjudian Ferguson nampaknya seperti berbaloi apabila dia menurunkan Wayne Rooney yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan buku lali.

Ya kehadiran Rooney menyemarakkan semangat pasukannya dan juga penyokong United dan pemain itu berjaya menyuntik gerakan-gerakan yang berbisa tetapi lama kelamaan, Rooney kelihatan tidak selesa dengan buku lalinya.

Pada minit ke 55 Rooney dikeluarkan dan tidak lama kemudian, nasib malang United telah termaktub.

Manchester United: Edwin van der Sar, Patrice Evra, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Da Silva Rafael, Michael Carrick (Dimitar Berbatov, 80), Luis Carlos Nani, Darren Fletcher, Luis Antonio Valencia, Darron Gibson (Ryan Giggs, 81), Wayne Rooney (John O'Shea, 55)

Bayern Munich: Hans-Jorg Butt, Daniel van Buyten, Martin Demichelis, Philipp Lahm, Holger Badstuber, Franck Ribery, Arjen Robben (Hamit Altintop, 76), Mark van Bommel, Bastian Schweinsteiger, Ivica Olic (Danijel Pranjic, 85), Thomas Muller (Mario Gomez, 46)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain