Anelka (dua, kiri) berjaya menjaringkan dua gol untuk Chelsea pada saingan menentang Zilina awal pagi ini.PASUKAN Chelsea mendahulu kedudukan Kumpulan F setelah berjaya menundukkan MSK Zilina 4-1 pada saingan Liga Juara-juara (CL) di Slovakia, awal pagi Khamis.Jaringan Nicolas Anelka (dua gol), Michael Essien dan Daniel Sturridge memberi kedudukan selesa buat Chelsea pada pusingan awal ini biarpun pengurus pasukan, Carlo Ancelloti yakin pemain-pemainnya mampu menjaringkan gol lebih daripada itu. Katanya, pada separuh masa kedua banyak peluang untuk menambah bilangan gol, namun gagal disempurnakan.“Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama dan ia kelihatan hebat. Tetapi keadaan berubah pada separuh masa kedua biarpun kami mampu mengawal permainan. Setakat ini kami telah melakukan dengan baik.“Dari segi penilaian prestasi, saya berasa gembira kerana bukan mudah untuk menang di tempat lawan dalam perlawanan CL ini,” katanya.Sementara itu jurulatih Zilina, Pavel Hapal menerima kekalahan dan mengakui perlawanan ini adalah milik Chelsea.“Chelsea telah menunjukkan kekuatannya dan kami tidak berada dalam perlawanan ini. Ia atu kombinasi yang baik dan kami ada peluang untuk melakukan jaringan, namun ada perbezaan di sana.“Ia adalah mengenai kelajuan, kombinasi, kekuatan pemain merupakan satu sebab mengapa kami kalah. Bagaiman pun ia adalah pengajaran buat kami lebih-lebih lagi apabila ada pemain yang cuba menjaringkan gol,” katanya.