SANDAKAN: Seramai 32 atlet luncur udara sedang menjalani sesi pemilihan terakhir di sini sebelum ke kejohanan Sukan Asia Tenggara (SEA) 2011 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia.Pemilihan sebelum ini diadakan di Kuala Lumpur, Terengganu dan Kota Kinabalu. Presiden Kelab Aviasi Negeri Sembilan, Nasaruddin Abu Bakar berkata sesi pemilihan merangkumi dua kategori iaitu 'spot landing' dan 'cross-country jump'."Semua peserta akan mengumpul mata di empat lokasi pemilihan sebelum senarai 10 peserta akhir yang terdiri lima peserta lelaki dan lima wanita diumumkan Jun tahun depan," katanya pada Cabaran Luncur Udara Dua, di sini, Sabtu.Beliau berkata sukan luncur udara julung kali dipertandingkan di Sukan SEA Jakarta nanti yang bakal disertai enam negara seperti Malaysia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Indonesia."Meskipun negara-negara yang bertanding sudah lama berkecimpung dalam sukan lasak ini, namun penerjun tempatan mampu mendapatkan pingat di Sukan SEA nanti," katanya.Malaysia kini menduduki ranking ke-53 dari 86 negara dalam kategori spot landing. - BERNAMA