Hero City...Tevez meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. LONDON: Penyerang Carlos Tevez menjaringkan gol tunggal di Eastland untuk membantu Manchester City menewaskan Chelsea 1-0 pada Sabtu.Pemain kebangsaan Argentina itu menggegar gawang lawan pada minit ke-59 selepas kedua-dua pasukan gagal memecah sebarang kebuntuan pada babak pertama. Rembatan kencang Tevez pada minit ke-59 berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Chelsea dalam kempen awal Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatatkan lima kemenangan.Chelsea hampir membuka jaringan awal pada separuh masa pertama menerusi percubaan Branislav Ivanovic dan Nicolas Anelka. Namun tuah ternyata tidak berpihak kepada The Blues pada minggu ini.Arsenal boleh mengatasi Chelsea jika mencatat kemenangan ke atas West Bromwich Albion pada perlawanan berasingan. City kini berada di kedudukan keempat dengan mengumpul 11 mata.