suria

Atlet Boling Padang Semakin Hampiri Buruan Pingat

NEW DELHI: Pemain boling padang lelaki dan wanita negara semakin menghampiri sasaran merangkul pingat pada Sukan Komanwel di sini selepas menempah tempat ke suku akhir pada Ahad.

Dalam acara triple lelaki, gandingan Azim Azami Mohd Ariffin, Syed Mohamad Syed Akil dan Mohd Amir Mohammad menewaskan trio Botswana trio 4-7, 17-3, 5-3 hari ini dan akan berdepan dengan pasukan Australia.

Walaupun tewas kepada Kanada 9-9, 8-8, 1-2 semalam, pasukan trio wanita Nur Iryani Azmi, Azlina Arshad dan Nur Fidrah Noh layak ke suku akhir acara triple.

Pasukan trio wanita itu akan mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, Australia.

Pengurus pasukan Jamal Abdul Nasir memberitahu Bernama di sini bahawa saingan suku akhir adalah sengit tetapi yakin dengan kemampuan pemain mara ke separuh akhir dalam acara lelaki dan wanita.

"Keyakinan adalah berdasarkan prestasi pemain di sini," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aksi Atlet Malaysia Jumaat

Artikel Lain