KUALA LUMPUR: Skuad wushu negara yang mula menjalani latihan intensif di Beijing, China sejak awal September lepas, akan terus berada di sana sebelum terbang ke Guangzhou yang menjadi tuan rumah Sukan Asia dari 12 hingga 27 November ini.Setiausaha Eksekutif Persekutuan Wushu Malaysia (WFM), Winnie Chin Kim Yoong berkata skuad tersebut berada selama tiga bulan di Beijing, sebagai persediaan menghadapi temasya itu, dengan sasaran mempertahankan satu emas yang dimenangi dari edisi di Doha, Qatar, pada 2006. Emas itu dimenangi menerusi Chai Fong Ying dalam acara Taijiquan. "Mereka tidak akan pulang dahulu ke Malaysia sebaliknya akan terus melapor diri di Guangzhou," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.Chin berkata lapan peserta wushu negara layak bertanding dalam temasya tersebut berdasarkan senarai akhir yang dikeluarkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM)."Di antara lapan peserta wushu itu, hanya seorang sahaja iaitu Lee Sew Kit yang akan bertanding dalam kategori Sanshou manakala selebihnya akan bertanding dalan kategori Taolu dalam dua disiplin iaitu Taijiquan dan Taijijian," katanya.Anggota skuad wushu ke Guangzhou:Acara Taolu1. Lee Yang2. Loh Jack Chang3. Chai Foong Ying4. Ng Shin Yii5. Diana Bong6. Tai Cheau Xuen7. Ang Eng ChongAcara Sanshou1. Lee Sew Kit- BERNAMA