Drogba akan beraksi menentang Wolve, Sabtu ini.PENYERANG Chelsea, Didier Drogba dilihat bersedia sepenuhnya menjelang perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu ini, namun berita buruk buat pemain tengah England,Frank Lampard yang masih direhatkan.Droba yang tidak beraksi dalam dua perlawanan sebelum ini gara-gara masalah kesihatan dan kini dilaporkan pulih, bersedia bersama pasukan bagi melawat anak buah Mick McCarthy yang kini berada di kedudukan ketiga tercorot liga. Sementara itu, Lampard dijangka memerlukan masa untuk pulih selepas menjalani pembedahan di bahagian hidungnya sejak 28 Ogos lalu.Penolong jurulatih pasukan, Paul Clement mengesahkan bahawa dua pemain yang beraksi di Moscow Selasa lalu diberikan rehat."Pemain gantian dan pemain-pemain yang baru pulih daripada sakit atau kecederaan seperti Drogba telah turun menjalani latihan dan kelihatan sudah bersedia. Dia sangat bersemangat, dan Lampard masih direhatkan berdasarkan permerhatian Carlo Ancelotti."Namun kami mendapat keputusan positif dari Lampard dan pada awal minggu ini dia turut menjalani latihan kecergasan. Sememangnya dia telah cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali," katanya.