suria

Alonso Juara GP Korea

Alonso berdiri di atas jenteranya selepas mengungguli GP Korea di Yeongam.
Alonso berdiri di atas jenteranya selepas mengungguli GP Korea di Yeongam.
Alonso berdiri di atas jenteranya selepas mengungguli GP Korea di Yeongam.

PEMANDU Ferrari, Fernando Alonso adalah pendahulu terbaru Kejuaraan Dunia selepas memenangi perlumbaan Grand Prix Korea Selatan yang terjejas akibat hujan lebat.

Juara dunia sebanyak dua kali itu memanfaatkan insiden yang menimpa Mark Webber dan Sebastian Vettel yang mendahului sejak awal perlumbaan tetapi gagal menamatkan saingan akibat masalah enjin.

Lewis Hamilton dari Britain menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala Felipe Massa menduduki tempat ketiga dengan 210 mata manakala Webber mengutip 220.

Terdapat dua baki perlumbaan yang perlu diharungi setiap pelumba pada musim ini.

Grand Prix Korea penuh dengan kontroversi ekoran kelewatan kerja-kerja pembinaan yang menyaksikan ia hampir dibatalkan dalam kalendar perlumbaan.

Kelewatan itu berpunca daripada hujan lebat yang menjejaskan ekonomi Korea dan juga kehadiran lebih ramai peminat untuk menyaksikan perlumbaan tersebut.

Perlumbaan pada Ahad terpaksa ditangguhkan selama 10 minit selepas Pengarah Perlumbaan, Charlie Whiting memikirkan sama ada untuk memulakan saingan seperti dijadualkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Alonso Juara GP Korea

Artikel Lain