PASUKAN Arsenal garang menempah aksi ke saingan suku akhir apabila menundukkan Newcastle United 4-0 pada perlawanan Piala Carling di St. James’ Park, awal pagi Khamis.Kesilapan pemain Newcastle, Ryan Taylor yang cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya gagal dilaksanakan apabila bola itu melantun terkena kepala penjaga golnya, Tim Krul sekaligus bola itu meleret ke dalam gol menjadikan Arsenal mendahului 1-0. Lapan minit selepas separuh masa kedua bermula, Theo Walcott menambah jaringan The Gunners pada minit ke-53 dan pada minit ke-83, Nicklas Bendtner turut menghasilkan gol ketiga pasukan itu.Newcastle terpaksa akur dengan kehebatan lawannya itu apabila menamatkan permainan tanpa jaringan, manakala Arsenal berjaya menambah gol terakhir minit ke-88 melalui gol kedua jaringan Walcott.