suria

Chelsea Mara Ke Pusingan Kalah Mati

Ivanovic (kanan) menjaringkan gol ketiga dan keempat Chelsea.
Ivanovic (kanan) menjaringkan gol ketiga dan keempat Chelsea.
Ivanovic (kanan) menjaringkan gol ketiga dan keempat Chelsea.

CHELSEA melayakkan diri ke pusingan kalah mati selepas mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Spartak Moscow pada aksi Liga Juara-Juara Eropah di Stamford Bridge.

Dua gol jaringan Branislav Ivanovic dan satu gol masing-masing menerusi Nicolas Anelka dan Didier Drogba meletakkan anak buah Carlo Ancelotti di kedudukan selesa selaku pendahulu Kumpulan F.

Menjelang kunjungan ke Anfield, Ahad ini, Ancelotti berpeluang merehatkan tonggak utama, John Terry dan Michael Essien.

Beliau dijangka menurunkan Paula Ferreira dan Ramires manakala Salomon Kalou menggantikan posisi Florent Malouda yang masih bergelut dengan kecederaan.

Perubahan yang dilakukan Ancelotti tidak sedikitpun menjejaskan rentak permainan anak buahnya. Malah mereka mempamerkan aksi bertenaga pada awal babak pertama.

McGeady mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol tetapi gagal menyudahkan hantaran Yevgeni Makeev.

Begitupun, pemain gantian Nikita Bazhenov menjaringkan gol tunggal untuk Spartak selepas menyudahkan sepakan lencong penyerang Morals Welliton.

Kemenangan itu membantu Chelsea mara ke pusingan kalah mati dan membolehkan Ancelotti merehatkan tonggak utama pasukannya bagi memastikan mereka mengekalkan kedudukan teratas dalam kempen Liga Perdana Inggeris.

BARISAN PEMAIN

SPARTAK MOSCOW: Dikan, Ivanov, Pareja, Suchy, Makeev, Ibson, Shyeshukov, McGeady, Alex, Dmitri Kombarov, Welliton. (Pemain gantian: Belenov, Sabitov, Drincic, Bazhenov, Khodyrev, Ananidze, Kozlov)

CHELSEA: Cech, Ferreira, Ivanovic, Alex, Cole, Mikel, Ramires, Zhirkov, Kalou, Drogba, Anelka. (Pemain gantian: Turnbull, Sturridge, Terry, Van Aanholt, Bruma, Kakuta, McEachran)

Artikel Sebelum

Artikel Lain