suria

Azizulhasni Hadiah Emas Kedua Negara

GUANGZHOU: Pelumba basikal negara Azizulhasni Awang merangkul emas kedua Malaysia di Sukan Asia selepas menang acara keirin di Guangzhou, Rabu.

Rakan sepasukan, Josiah Ng meraih perak.

Azizul memecah kebuntuan pungutan emas Sukan Asia bagi acara basikal selama 40 tahun.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas di temasya sukan itu pada tahun 1970 di Bangkok apabila Ng Joo Ngan mengungguli perlumbaan jalan raya individu sementara Allahyarham Daud Ibrahim memenangi acara 1,600 meter.

Artikel Lain