suria

Arsenal Kecundang Di Tangan Braga

Reaksi kapten Arsenal, Cesc Fabregas selepas pasukannya tewas kepada Braga.
Reaksi kapten Arsenal, Cesc Fabregas selepas pasukannya tewas kepada Braga.
Reaksi kapten Arsenal, Cesc Fabregas selepas pasukannya tewas kepada Braga.

BRAGA: Matheus menjaringkan dua gol dalam tujuh minit terakhir untuk membantu Braga mencatat kemenangan mengejut 2-0 ke atas Arsenal dalam pertemuan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Rabu.

Matheus berjaya membolosi tembok pertahanan The Gunners pada minit ke-84 dan melepasi kawalan penjaga gol Lukasz Fabianski.

Dia kemudiannya melepasi tiga pemain pertahanan untuk menjaringkan gol kedua pada minit kecederaan.

Sepakan penalti Arsenal dinafikan sebelum gol pertama Matheus sebaik saja pemain gantian Carlos Vela dihalang penjaga gol Braga. Sebaliknya penyerang Arsenal itu dikatakan sengaja menjatuhkan dirinya.

Kemenangan Braga itu hadir selepas tewas 0-6 kepada Arsenal di Emirates, dua bulan lalu sekali gus menafikan mata yang diperlukan skuad bimbingan Arsene Wenger untuk melangkah ke kelompok 16 terakhir.

Arsenal kini berkongsi sembilan mata dengan Braga dan menduduki tempat kedua dalam Kumpulan H.

Wenger melakukan tujuh pertukaran daripada pasukan yang tewas 2-3 kepada Tottenham di gelanggang sendiri minggu lalu.

Arsenal turut tewas 1-2 kepada Shakhtar Donetsk awal bulan ini, pertemuan yang sekali lagi disia-siakan The Gunners selepas berada di depan.

Pasukan itu mempunyai banyak peluang tetapi gagal menjinakkan kelincahan Braga yang menduduki tempat ke-10 dalam saingan Liga Portugal.

BARISAN PEMAIN

BRAGA: Felipe, Miguel Garcia, Moises, Rodriguez, Echiejile, Vandinho, Leandro Salino, Alan, Aguiar, Matheus, Lima (Pemain gantian: Artur Moraes, Mossoro, Madrid, Silvio, Hugo Viana, Anibal, Elton.)

ARSENAL: Fabianski, Eboue, Squillaci, Djourou, Gibbs, Walcott, Denilson, Wilshere, Rosicky, Fabregas, Bendtner. Pemain gantian: Szczesny, Sagna, Koscielny, Nasri, Vela, Song, Chamakh.)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain