suria

Arsenal Benam Villa 4-2

Wilshere menjaringkan gol keempat Arsenal.
Wilshere menjaringkan gol keempat Arsenal.
Wilshere menjaringkan gol keempat Arsenal.

LONDON: Arsenal mengisi kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu selepas menewaskan Aston Villa 4-2 di Villa Park.

Skuad bimbingan Pengurus Arsene Wenger itu berkelebihan satu mata dengan Chelsea dan Manchester United menerusi jaringan Andrey Arshavin, Samir Nasri, Marouane Chamakh dan Jack Wilshere.

Pemain sayap Rusia, Arshavin menjaring gol pertama seawal minit ke-39 selepas berjaya membolosi tembok pertahanan Brad Friedel di kawasan kotak penalti.

Nasri meletakkan The Gunners di depan enam minit kemudian selepas pemain tengah Perancis itu menyempurnakan hantaran Arshavin.

Bagaimanapun, Ciaran Clark mengembalikan pasukan tuan rumah dalam saingan selepas menjaringkan gol pertama Villa pada minit ke-52.

Sejurus selepas itu, penyerang kelahiran Morocco, Chamakh menggandakan gol ketiga untuk Arsenal.

Clark sekali lagi membuka jaringan dari jarak dekat pada minit ke-70 tetapi Wilshere melengkapkan gol kemenangan Arsenal pada saat akhir.

Selepas kekalahan mengejut dalam dua perlawanan terdahulu iaitu tewas 0-2 kepada Braga dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah dan 2-3 di tangan Tottenham Hotspur di Emirates, Wenger akhirnya boleh menarik nafas lega dengan kemenangan itu.

Kedudukan Arsenal di puncak mungkin tidak akan bertahan lama andai Manchester United mencatat kemenangan ke atas Blackburn pada perlawanan berasingan manakala Chelsea berpeluang merebut tempat teratas jika menewaskan Newcastle, Ahad.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain