Pedro memeluk rakan sepasukannya, Messi selepas menjaringkan gol kedua untuk Barca. BARCELONA: Barcelona mempamerkan aksi mantap dengan mengembalikan zaman kegemilangan 'Pasukan Impian' Johan Cruyff pada era 90-an selepas membelasah Real Madrid 5-0 sekali gus menduduki tangga teratas La Liga dengan kelebihan dua mata.Meskipun beraksi dalam keadaan hujan di Stadium Nou Camp, corak permainan Barca tidak sedikitpun terjejas malah mereka melakukan beberapa gerakan menarik sepanjang perlawanan. Disaksikan beribu penyokong dari seluruh dunia, kelab Catalan itu sekali lagi mengulangi kemenangan 5-0 ke atas Real dalam pertemuan The Clasico pada musim 1993/94.Xavi dan Pedro membuka jaringan awal untuk meletakkan Barca 2-0 di depan sebelum David Villa menggandakan jaringan pada minit ke-55 dan 58.Pemain gantian, Jeffren melengkapkan gol kelima pada minit akhir dan pemain pertahanan Real, Sergio Ramos diperintah keluar padang kerana mengasari penyerang Barca, Lionel Messi.Barca kini mengumpul 34 mata daripada 13 perlawanan manakala Real dengan 32 mata dan Villarreal di tempat ketiga dengan 27 mata."Hari ini Barca beraksi pada kelas tersendiri. Madrid gagal membolosi tembok pertahanan pasukan tuan rumah dan menguasai bahagian tengah yang menjadi nadi kekuatan Barca."Kami berkelebihan dua mata dan saya amat gembira. Namun kami terpaksa bekerja keras kerana masih banyak perlawanan yang perlu diharungi," katanya Pengurus Barca, Pep Guardiola.BARISAN PEMAIN:Barcelona: Valdes, Alves, Puyol, Pique, Abidal, Xavi, Busquets, Iniesta, Pedro, Messi, Villa. Subs: Keita, Pinto, Mascherano, Adriano, Maxwell, Krkic, Suarez.Real Madrid: Casillas, Ramos, Pepe, Carvalho, Marcelo, Khedira, Alonso, Di Maria, Ozil, Ronaldo, Benzema. Subs: Dudek, M Diarra, L Diarra, Albiol, Arbeloa, Higuain, Leon