suria

West Ham Belasah United 4-0

Pasukan West Ham meraikan kejayaan menundukkan Manchester United, 4-0 awal pagi Rabu.
Pasukan West Ham meraikan kejayaan menundukkan Manchester United, 4-0 awal pagi Rabu.
Pasukan West Ham meraikan kejayaan menundukkan Manchester United, 4-0 awal pagi Rabu.

PASUKAN West Ham memalukan juara bertahan, Manchester United 4-0 pada saingan suku akhir Piala Carling, di Upton Park awal pagi Rabu.

Jonathan Spector menggunakan peluang keemasan menjaringkan gol pertama pada minit ke-22 sekali gus ia menjadikan gol pertama sepanjang kariernya dalam bola sepak Inggeris selepas United menghidangkan aksi pertahanan yang lemah.

Pasukan kendalian Avram Grant ini semakin ghairah menyerang kubu United sehingga pada minit ke-37 Spector sekali lagi menggegarkan gawang bagi gol kedua West Ham. Jaringan 2-0 kekal sehingga separuh masa pertama tamat.

Sementara itu, pada babak kedua menyaksikan perlawanan lebih menarik apabila duka United semakin parah apabila Carlton Cole menjaringkan gol ketiga (m-56), dan keempat (m-56).

Pengurus United, Sir Alex Ferguson ternyata marah dengan kekalahan memalukan itu dan menganggap pasukannya tidak sepatutnya kalah.

“Saya tidak menjangkakan gol pertama itu memang tidak dijangkakan kerana bola terlalu perlahan. Selain itu kami mempunyai peluang namun mereka tidak menggunakan peluang itu,” katanya.

West Ham: Green, Faubert, Tomkins, Upson, Ben-Haim, Barrera, Kovac, Spector, Boa Morte, Cole, Obinna. (Pemain simpanan): Boffin, Reid, Parker, McCarthy, Stanislas, Hines, Piquionne

Man United: Kuszczak, O'Shea, Smalling, Evans, Fabio Da Silva, Obertan, Fletcher, Anderson, Giggs, Hernandez, Bebe. (Pemain simpanan): Amos, Brown, Park, Carrick, Rafael Da Silva, Macheda, Eikrem

Artikel Sebelum

Wilkins Akur Dengan Keputusan Kelab

Artikel Berikut

Artikel Lain