suria

Yakeb Anjur Larian Serentak 1Malaysia Semarak Perpaduan

KUALA LUMPUR: Lebih 50,000 peserta dijangka mengambil bahagian dalam 'Larian Serentak 1Malaysia' yang akan berlangsung di Dataran Merdeka pada 1 Disember ini.

Buat julung kalinya, larian terbesar dalam sejarah itu dianjurkan oleh Yayasan Kebajikan Atlet (Yakeb) bertujuan mengumpul dana membantu bekas atlet.

Menurut kenyataan Yakeb Ahad, upacara pelepasan peserta di Dataran Merdeka akan disempurnakan oleh Penaung Yakeb, Datin Seri Rosmah Mansor tepat 7.30 pagi manakala di negeri-negeri lain, akan dilepaskan oleh Menteri Besar, atau Ketua Menteri negeri masing-masing.

Larian sejauh 5 kilometer itu, mempertandingkan tiga kategori iaitu bawah 17 tahun, 18 hingga 45 tahun dan 46 tahun ke atas.

Acara larian tersebut menyediakan hadiah keseluruhan bernilai RM108,000 dalam bentuk akaun simpanan Maybank dan setiap peserta akan diberi sijil penyertaan.

Yuran penyertaan dikenakan adalah RM3 bagi kategori bawah 17 tahun, manakala kategori lain RM10. Penyertaan berkumpulan melebihi 30 peserta tidak dikenakan bayaran.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di akhbar Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times keluaran Rabu dan Ahad selain melayari laman web Yakeb dan Maybank2u.-BERNAMA

Artikel Sebelum

West Ham Belasah United 4-0

Artikel Berikut

Artikel Lain