PENYERANG Inter Milan, Samuel Eto'o (gambar) digantung tiga perlawanan selepas rayuan terhadap tindakannya mengasari Cesar dengan kepalanya.Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Itali mengesahkan pemain itu turut dikenakan denda sebanyak 30,000 euro (RM124,621 ). Bintang kelahiran Cameroon yang merupakan penjaring terbanyak musim lalu mengasari pemain Chievo, Cesar di dada ketika Inter tewas 1-2 bulan lalu.Tindakan itu menyerupai kekasaran yang dilakukan Zinedine Zidane ke atas Marco Materazzi pada final Piala Dunia 2006.Hukuman penggantungan pertama Eto'o sudah disempurnakan ketika Inter menundukkan Parma 5-2 pada Sabtu. Dia turut terlepas peluang bertemu Lazio, Jumaat dan pertemuan menentang Napoli di San Siro, awal tahun depan.Inter yang menduduki tempat kelima Serie A akan beraksi pada Piala Kelab Dunia di Emiriah Arab Bersatu, 10 Disember ini.