suria

Indonesia Bertemu Malaysia Final Piala Suzuki AFF

JAKARTA: Indonesia mara ke pertandingan akhir Piala Suzuki AFF 2010 setelah menang tipis 1-0 ke atas Filipina pada perlawanan saingan separuh akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno malam Ahad.

Dengan itu, Indonesia menewaskan Filipina dengan agregat 2-0 untuk layak ke perlawanan akhir menentang Malaysia, setelah menang 1-0 pada perlawanan saingan separuh akhir pertama Khamis lepas.

Manakala Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 2-0.

Jurulatih Indonesia, Alfred Riedl menyatakan peluang Malaysia dan Indonesia yang akan bertemu dalam pertandingan akhir Piala AFF Suzuki 2010 minggu depan adalah seimbang.

Pertandingan akhir itu akan dilaksanakan dua kali masing-masing di gelanggang tuan rumah iaitu di Kuala Lumpur pada 26 Dis dan di Jakarta 29 Dis.

"Pertandingan akhir ini nanti agak sulit. Meskipun pada babak penyisihan, kami pernah mengalahkan Malaysia 5-1 tetapi sekarang keadaannya agak seimbang sehingga peluang Indonesia menjadi 50 peratus dalam kejuaraan ini.

"Pasukan Malaysia pada masa ini bermain lebih baik sedikit dan lebih yakin diri," katanya.

Pasukan Indonesia akan berangkat ke Kuala Lumpur pada 24 Disember ini.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Daniel Bego Rangkul Dua Emas

Artikel Lain