Leonardo akan mengendalikan Inter Milan menggantikan Benitez.BEKAS pengurus AC Milan, Leonardo dilantik menggantikan Rafael Benitez untuk mengemudi pasukan Inter Milan selepas menandatangani kontrak sehingga June, 2012.“Selamat datang Leonardo. Dia kini adalah pengurus baru Inter. Beberapa minit lalu dia telah menandatangani kontrak bersama Inter Milan sehingga tahun 2012,” kata satu kenyataan di laman web kelab. Presiden kelab, Massimo Morrati bagaimana pun menjelaskan pengumuman rasmi akan dibuat pada 27 Disember ini.Leonardo bukanlah orang baru bagi Milan kerana sebelum ini dia merupakan pemain kelab itu selama 12 tahun, dan menjadi pengarah teknikal kelab dan merupakan individu kelima yang bakal menguruskan Inter Milan.Sebelum itu, Benitez yang dikatakan gagal memberi keputusan yang memuaskan dan dipecat selepas enam bulan mengendalikan pasukan penyandang juara Serie A dan Eropah ini.