PETALING JAYA:100plus bersetuju untuk menyambung kerjasama bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam program Liga Bola Sepak Piala Menteri Pelajaran (MELC) untuk tempoh tiga tahun lagi.100plus merupakan penaja utama sejak liga ini diadakan pada tahun 2008 dan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air. Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Datuk Kamal Harun berkata, pihaknya telah memberi sokongan penuh kepada program remaja ini sejak beberapa tahun lalu dan program ini telah menunjukkan kesan yang baik dalam pembangunan bola sepak tempatan.“Persaingan liga setiap tahun lebih sengit. Kualiti pemain-pemain bawah 14 dan bawah 17 tahun telah menunjukkan peningkatan yang baik dan saya tidak terkejut sekiranya pemain-pemain ini akan menjadi pilihan pada masa depan,” katanya.Sebelum ini beberapa orang pemain muda yang turut beraksi dalam program ini telah diserapkan ke dalam pasukan Harimau Muda dan beraksi dalam Liga Super termasuk Syahrul Azwari Ibrahim dan Nazirul Naim Hashim.Bagi saingan tahun ini, perlawanan pembukaan akan berlangsung di Kedah pada 12 Mac ini di antara pasukan SMK Tunku Anum (Kedah) dan SMK Bukit Nenas (Terengganu).