Aksi Luiz (kiri) bersama Rooney ketika perlawanan pada Rabu lalu.PENGURUS Chelsea, Carlo Ancelotti meminta pemain barunya, David Luiz agar lebih bertenang ketika berada di padang selepas nyaris mendapat dua kad kuning pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL)menentang Manchester United Rabu lalu.Luiz bertuah kerana pengadil tidak melayangkan kad kuning kedua selepas melakukan pertahanan kasar ke atas penyerang United, Wayne Rooney yang telah menimbulkan kontroversi ketika perlawanan berlangsung di Stamford Bridge. Bagaimana pun pemain dari Brazil yang berumur 23 tahun itu turut menjadi tumpuan selepas menjaringkan gol penyamaan The Blues pada babak kedua perlawanan.“Dia perlu tahu bagaimana bermain dalam bola sepak Inggeris dan apa yang penting dia perlu lebih bertenang dan sabar ketika beraksi. Pun begitu, dia adalah pemain yang fantastik yang mempunyai kelebihan tersendiri.“Saya percaya dia akan lebih menonjol dan berubah menjadi lebih matang kerana dia akan didedahkan dengan labih banyak pengalaman tentang bola sepak Inggeris,” kata Ancelotti.Aksi Luiz telah memberi satu petanda baik kepada kelab dan juga kepada penyokong-penyokong Chelsea dan Ancelotti percaya selepas ini akan lebih banyak perkara baru yang akan dilakukannya.“Kemampuan dari segi pertahanan sangat bagus, Dia mampu menghantar bola dan bergerak tanpa masalah dan paling penting dia mampu menjaringkan gol,” katanya.