Pasukan EPL All Star Masters muncul juara selepas menumpaskan Manchester United Masters 2-1 pada perlawanan akhir EPL Masters di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, Ahad.KUALA LUMPUR: Pasukan EPL (Liga Perdana Inggeris) All Stars menewaskan juara tahun lalu, Manchester United Masters pada perlawanan akhir Piala Malaysia EPL Masters 2011 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad.EPL All Star menewaskan Man United Masters dengan jaringan 3-2 setelah kedua pasukan terpaksa bekerja keras dalam tempoh 16 minit masa perlawanan yang ditetapkan. Pasukan EPL All Stars dibarisi pemain-pemain lagenda dalam EPL yang pernah mencipta nama ketika beraksi di kelab masing-masing termasuk Pavel Srnicek (Newcastle), Lee Martin (Manchester United), Phil Babb (Liverpool, Sunderland), Ken Monkou (Chelsea, Southampton), Micheal Mols (Rangers),Regi Blinker (Celtic),Craig Hignett (Middlesbrough), Andy Ritchie (Manchester United), Viv Anderson Mbe (Nottingham Forest) dan Faustino Asprilla (Newcastle) berjaya memukau lebih kurang 4,000 penonton yang memenuhi stadium.Manakala pasukan Man United Masters dibarisi pemain-pemain handalan yang diketuai Andrew Cole, Fraser Digby, David May, Ronny Johnsen,Keith Gillespie, Clayton Blackmore,Bryan Robson, Jesper Blomqvist, dan Ben Thornley.Perlawanan enam sebelah yang melibatkan empat pasukan ini dijalankan secara round robin dan dua pasukan teratas layak ke perlawanan akhir.Selain pasukan EPL All Stars dan Man United Master, dua lagi pasukan yang turut terlibat ialah Liverpool Masters ditempat ketiga yang dibarisi bekas pemain-pemain tersohor termasuk Robbie Fowler, Steve Mcmanaman, Mark Wright, Paul Jones,Patrick Berger, Micheal thomas, Sterhane Henchoz dan Vladimir Smicer.Manakala pasukan Malaysia Masters diketuai Zainal Abidin Hassan, Mazlan Wahed, K.Gunalan, Ahmad Sharul Azhar, Shahrin Majid, Azrin Shah Zainal, Khan Hung Meng, Ho Hon Seong, dan P.Somasundram.Biarpun hanya layak berada ditempat keempat, Zainal Abidin terus membuktikan kehebatannya apabila dipilih sebagai Pemain Terbaik pasukan Malaysia Masters, sementara pemain penyerang EPL All Masters, Asprilla dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak perlawanan.Penyerang Man United Masters, Andrew Cole pula menerima anugerah Pemain Terbaik kejohanan.Sebelum ini All Stars Masters turut mencipta kejayaan apabila bergelar juara pada Piala Brunei di Bandar Seri Begawan pada Jumaat lalu.