PENGURUS Chelsea, Carlo Ancelotti mengakui mungkin telah melakukan kesilapan dengan menurunkan penyerang barunya, Fernando Torres dalam barisan utama selepas menyaksikan pasukan itu kalah 1-3 secara agregat kepada Manchester United pada saingan suku akhir kedua Liga juara-Juara (CL), awal pagi Rabu.Ancelotti mengambil risiko dengan menurunkan Torres dan meletakkan penyerang utama, Didier Drogba dibangku simpanan walaupun sedar pemain antarabangsa Sepanyol itu gagal menjaringkan sebarang gol dalam 817 minit dan 13 perlawanan sepanjang menyarung jersi negaranya dan kelab. Torres seakan hilang punca dan gagal memanfaatkan peluang menjaringkan gol pada babak pertama.Manakala pada aksi separuh masa kedua Torres dikeluarkan dan digantikan dengan Drogba yang telah menjaringkan gol tunggal pasukan (m-76).“Saya mungkin silap, tetapi saya sudah memberitahu banyak kali sebelum ini bahawa saya akan memulakan dengan Torres pada perlawanan seperti ini. Ini adalah salah satu taktik permainan.“Manakala Drogba bermain baik pada separuh masa kedua. Saya mahu beri tekanan kepada pasukan tuan rumah kerana kami mahu mencari gol dan sebab itu saya meletakkan Drogba di depan kerana dia masih bertenaga dan mengeluarkan Torres,” katanya.Pada perlawanan awal pagi Rabu, United telah mendahului pasukan lawan melalui jaringan awal penyerang mudanya, Javier Hernandez (m-43) manakala gol kedua dijaringkan oleh Ji-Sung Park minit ke-77.Pada saingan suku akhir pertama minggu lalu, United turut mengalahkan Chelsea 1-0.