suria

Biawak Komodo Maskot Sukan Sea Indonesia

KUALA LUMPUR: Biawak Komodo dipilih sebagai maskot Sukan Sea ke-26 di Indonesia dari 11 hingga 25 November ini.

Pasangan dinamakan "Modo" (jantan dan "Modi" (betina) dipilih sejajar dengan usaha kerajaan Indonesia melindungi spesies haiwan itu yang semakin berkurangan, demikian menurut jurucakap jawatankuasa penganjur sukan itu yang dipetik oleh akhbar Jakarta Post, Selasa.

Di Jakarta malam tadi, Modo dan Modi diperkenalkan kepada umum dalam satu majlis bagi memulakan detik pengiraan 200 hari menjelang perasmian sukan serantau itu yang akan diadakan di Palembang. Beberapa acara akan juga diadakan di Jakarta.

Komodo adalah spesies biawak terbesar di dunia. Ia hanya terdapat di kepulauan Komodo di Flores.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain