suria

Peluang City Ke Pentas Eropah Makin Cerah

Nigel de Jong membuka jaringan pertama untuk City.
Nigel de Jong membuka jaringan pertama untuk City.
Nigel de Jong membuka jaringan pertama untuk City.

MANCHESTER City terus mengukuhkan cengkaman untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan West Ham 2-1 di Eastlands.

City mendahului dengan 2-0 menerusi jaringan Nigel de Jong pada minit ke-10 dan Pablo Zabaleta, lima minit kemudian.

The Hammers kembali menghidupkan peluang dalam persaingan selepas Demba Ba menjaringkan gol pada minit ke-33.

Begitupun, pasukan tuan rumah nyaris menggandakan gol pada babak kedua dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan itu membolehkan kelab terkaya di England tersebut menempatkan diri di kedudukan keempat saingan Liga Perdana Inggeris, meninggalkan Liverpool di depan dengan kelebihan tujuh mata.

Selepas menundukkan Newcastle pada Ahad, Liverpool menduduki tempat kelima.

Sementara itu, West Ham kekal di tangga tercorot liga dengan mengumpul 32 mata berbekalkan baki tiga perlawanan perlu diharungi musim ini.

Artikel Sebelum

Waspada Dengan Real: Xavi

Artikel Berikut

Artikel Lain