PETALING JAYA: Jaguh boling kebangsaan Adrian Ang akan mempertahankan gelarannya pada Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia Canon 2011 yang akan berlangsung di Sunway Megalanes di sini dari 20 hingga 28 Mei ini.Ang, yang merangkul satu pingat emas pada Sukan Asia tahun lepas, berkata dia berazam mengekalkan kedudukan teratas pada kejohanan itu, bukan saja untuk dirinya, tetapi juga untuk memberi semangat kepada rakan sepasukannya serta anggota skuad belia dan skuad pelapis negara. "Saya akan memberi fokus terhadap apa yang perlu saya lakukan, menghasilkan yang terbaik dan bermain dengan bersungguh-sungguh," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar mengenai kejohananitu di sini, Rabu.Seramai 22 pemain elit Malaysia, termasuk Ang, Alex Liew dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, akan berentap dengan pemain dari 17 negara lain, termasuk Amerika, Australia, Hong Kong dan gergasi Asia, Korea Selatan, pada kejohanan itu.Setiausaha agung Kongres Boling Tenpin Malaysia Sidney Tung berkata antara nama besar yang telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan itu ialah juara wanita tahun lepas Kelly Kulick dan Tim Mack dari Amerika dan Wu Siu Hong dari Hong Kong."Kejohanan ini juga diadakan untuk memberi peluang kepada pemain muda dan sedang meningkat, menunjukkan kemampuan mereka.Sebab itulah semua pemain remaja dan pelapis kita menyertai Acara Belia Milo (satu acara sampingan pada Terbuka Malaysia Canon)," katanya.Kejohanan ini menawarkan hadiah RM219,150 dan barangan Canon.-BERNAMA