suria

Trofi Liga Eropah Milik Porto

Falcao menulang trofi Liga Eropah selepas tandukannya membawa kemenangan ke atas Braga.
Falcao menulang trofi Liga Eropah selepas tandukannya membawa kemenangan ke atas Braga.
Falcao menulang trofi Liga Eropah selepas tandukannya membawa kemenangan ke atas Braga.

TANDUKAN kencang penyerang dari Colombia, Radamel Falcao berjaya membantu pasukan Porta menundukkan Braga 1-0 pada saingan akhir Liga Eropah yang berlangsung di Stadium Aviva, Dublin awal pagi Khamis.

Jaringan tunggal perlawanan yang dilakukan pada minit ke-44 memberi makna besar bagi pasukan kendalian Andre Villas Boas ini, lebih-lebih lagi mereka turut mencatatkan rekod tanpa kalah sepanjang kejohanan serta mara ke final dengan menewaskan gergasi dari Sepanyol seperti Sevilla dan Villareal.

“Saya sangat berbangga dengan kejayaan ini kerana ia memberi kesan kepada Porto dan saya gembira berada di sini. Saya ingin membina sesuatu yang boleh dibanggakan dan paling penting memerlukan pemain yang mempunyai bakat serta keyakinan yang tinggi.

“Itulah yang terjadi tahun ini. Saya bersama dengan pemain-pemain terbaik dan ia bukan mudah untuk berada dalam situasi hebat ini,” katanya.

Sementara itu, Falcoa pastinya menjadi sebutan apabila berjaya mengumpul 17 gol dalam kejohanan Eropah ini sekali gus memadamkan rekod yang pernah dilakukan oleh pemain lagenda Jerman, Juergen Klinsmann dengan 15 gol.

Kali terakhir Porto meraih kejuaraan ini adalah pada tahun 2003 ((ketika itu dikenali sebagai Piala UEFA).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain