suria

Yuzy Lakukan Rombakan Pasukan

Afiq tidak beraksi pada puisngan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang akan berlangsung di Presint 3, Putrajaya pada 28 dan 29 Mei ini.
Afiq tidak beraksi pada puisngan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang akan berlangsung di Presint 3, Putrajaya pada 28 dan 29 Mei ini.
Afiq tidak beraksi pada puisngan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang akan berlangsung di Presint 3, Putrajaya pada 28 dan 29 Mei ini.

PENGURUS pasukan Pachie Yuzy Honda Racing, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini melakukan rombakan terhadap barisan pelumbanya dalam kategori CP115 bagi menghadapi Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 yang akan berlangsung di Presint 3, Putrajaya pada 28 dan 29 Mei ini.

Selepas tiga pusingan, kedua-dua pelumbanya, Mohd Amirul Aziz Zakaria dan Afiq Rahmat gagal mempamerkan aksi yang memberangsankan dan tidak berupaya untuk mengutip sebarang mata, menyebabkan Yuzy untuk betindak mengugurkan salah satu pelumbanya iaitu Afiq.

Tempat Afiq akan digantikan dengan Mohd Faris Ahmad Tajuddin manakala Amirul diberikan peluang kedua untuk membuktikan kebolehannya.

“Sebenarnya, selepas Pusingan 2 di Batu Kawan, saya telah memberikan amaran kepada kedua pelumba ini dimana jika mereka gagal untuk mencapai apa yang dikehendaki oleh pasukan, mereka tidak akan berpeluang untuk beraksi bersama pasukan ini lagi.

"Malangnya, pada pusingan lepas di Kuala Terengganu, mereka masih gagal untuk mendapatkan keputusan yang diharapkan.

"Amirul tidak dapat melayakkan diri ke perlumbaan akibat masalah mekanikal jentera manakala Afiq berupaya menamatkan perlumbaan akhir, namun sekadar di tangga ke-16 tanpa mengutip sebarang mata," katanya.

Yuzy berkata, pihaknya mengharapkan Afiq dapat menamatkan perlumbaan di kelompok 10 pelumba terbaik ataupun sekurang-kurangnya dapat mengutip sebarang mata.

“Bagi Amirul pula, tidak adil untuk menilai kemampuannya hanya berdasarkan kepada keputusan setakat tiga pusingan ini. Dia gagal layak ke perlumbaan akhir disebabkan oleh masalah mekanikal dan bukan kerana beraksi di bawah kemampuannya.

"Saya melihat Amirul memang mempunyai potensi cuma dia kurang bernasib baik kerana seringkali ditimpa masalah mekanikal. Kami akan memberikannya peluang dan berharap dia tidak akan mengecewakan kami," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain